Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Sabah (Suku tahun kedua) - 2012


 1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh SESB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

01

{tip info::IPP menyumbang sebanyak 75% daripada jumlah tenaga elektrik bagi suku tahun kedua berbanding SESB yang hanya menjana sebanyak 25%. Secara keseluruhannya, penjanaan elektrik telah meningkat sebanyak 3.57% berbanding suku tahun pertama yang disebabkan oleh permintaan beban yang tinggi iaitu sebanyak 828MW berbanding 783MW.}01-b{/tip}

 2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012  

02

{tip info::Secara keseluruhannya, SESB dan IPP dapat mengekalkan prestasi loji-loji janakuasa masing-masing seperti kecekapan thermal yang dicapai untuk suku tahun pertama. Ini terutamanya bagi loji penjanaan enjin diesel IPP yang terdapat peningkatan sebanyak 10.3% Peningkatan ini adalah secara tidak langsung dari peningkatan faktor kesediaan (AF) loji penjanaan enjin diesel.}02-b{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (AF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

03
{tip info::Bagi suku tahun kedua, purata faktor kesediaan loji mencatat sebanyak 76.24% berbanding dengan suku tahun pertama iaitu sebanyak 70.85%. Faktor kesediaan loji tersebut meningkat adalah berkaitan secara langsung dengan jadual penyeggaraan loji dan henti tugas loji yang tidak terancang.}03-b{/tip}

 4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (POF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

04
{tip info::Purata faktor Jenti Tugas Terancang (POF) bagi loji-loji penjanaan SESB & IPP mencatat peningkatan sebanyak 0.66% berbanding suku tahun pertama. Ini adalah disebabkan kerja-kerja utama penyenggaraan ke atas Stesen Ranhill Powertron (loji kitar padu), Stesen Serudong (loji enjin), dan Stesen Tenom Pangi (loji hidro).}04-b{/tip}

5. Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (UOF) bagi Loji-Loji Penjanaan SESB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

05
{tip info::Bagi suku tahun kedua, didapati faktor henti tugas tidak terancang (UOF) untuk loji janakuasa kitar padu SESB, loji janakuasa enjin SESB & IPP, dan loji janakuasa hidro SESB telah melepasi sasaran UOF. Loji kitar padu mencatatkan UOF sebanya 5.11% kerana masalah suhu terlalu tinggi di turbin gas, loji enjin pula menghadapi masalah dengan crankshaft & pam air penyejuk rosak. Manakala loji hidro pula menghadapi masalah kerosakan generator & paip air penyejuk telah pecah.}05-b{/tip}