Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Sabah (Suku tahun keempat) 2012

1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012      

{tip info::IPP menyumbang sebanyak 71% daripada jumlah tenaga elektrik bagi suku tahun Ketiga berbanding SESB yang hanya menjana sebanyak 29%. Secara keseluruhannya, penjanaan elektrik telah meningkat sebanyak 2.97% berbanding suku tahun kedua yang disebabkan oleh permintaan beban yang tinggi iaitu sebanyak 824MW.}01{/tip}

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Secara keseluruhannya, SESB dan IPP dapat mengekalkan prestasi loji-loji janakuasa masing-masing seperti kecekapan thermal yang dicapai untuk suku tahun sebelumnya. Ini terutamanya bagi loji penjanaan enjin diesel IPP yang terdapat peningkatan sebanyak 2.4% Peningkatan kecil ini adalah secara tidak langsung dari peningkatan faktor kesediaan (AF) loji penjanaan enjin diesel.}02{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Bagi suku tahun Keempat, purata faktor kesediaan loji mencatat sebanyak 80.82% berbanding dengan suku tahun ketiga iaitu sebanyak 77.29%. Faktor kesediaan loji tersebut meningkat adalah berkaitan secara langsung dengan jadual penyeggaraan loji dan henti tugas loji yang tidak terancang.}03{/tip}

4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Purata faktor Henti Tugas Terancang (POF) bagi loji-loji penjanaan SESB & IPP mencatat peningkatan sebanyak 9.2% berbanding suku tahun ketiga. Pengurangan ini secara tidak langsung adalah disebabkan oleh kepekaan loji-loji janakuasa untuk menyenggara alatan mengikut jadual.}04{/tip}

5.Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Bagi suku tahun keempat, didapati faktor henti tugas tidak terancang (UOF) bagi loji janakuasa kitar padu SESB, loji janakuasa enjin diesel SESB dan loji janakuasa hidro SESB telah melepasi sasaran UOF. Loji janakuasa kitar padu SESB mencatat 9.24% kerana kerap mengalami masalah dengan kipas radiator yang boleh menyebabkan suhu generator meningkat. Loji enjin diesel SESB mencatat 21.18% kerana menghadapi masalah berterusan dengan bearing utama dan kerosakan alat excitation & heat exchanger. Manakala loji hidro SESB pula hanya mengalami masalah kecil seperti nozzle choking & valve jammed.}05{/tip}