bg-image

Jurutera Perkhidmatan Elektrik

 

Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Perkhidmatan Elektrik

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah menggunakan borang ST(PE)1 Pin. 4/2007 dan dikemukakan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga.

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Perkhidmatan Elektrik

(Peraturan 46, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Perakuan kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten (JEK) yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
  3. Berpengalaman menjalankan kerja yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan dan pengesanan kerosakan kabel.
  4. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  5. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih dan servis, penentukuran, ujian dan melengkapkan kelengkapan, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan tenaga yang cekap.
  6. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pengesanan kerosakan kabel.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan di bawahnya.