bg-image
Sunday, 05 March 2017 15:23

Energy Efficiency Challenge 2017

Energy Efficiency Challenge atau EE Challenge merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertujuan untuk:-

  1. Membudayakan amalan kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik di kalangan pelajar dan warga kerja sekolah supaya tenaga elektrik sentiasa digunakan dengan bijak dan berhemah.
  2. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga kerja sekolah mengenai kepentingan dan manfaat amalan kecekapan dan penjimatan tenaga kepada kehidupan seharian dan alam sekitar.

Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2014 di mana ia terbuka kepada sekolah-sekolah menengah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Acara ini telah diadakan dengan jayanya pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun 2016, di mana ia telah dibuka kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk 2017, pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Suruhanjaya Tenaga telah melanjutkan lagi tempoh tamat pendaftaran iaitu dari 20 Mac 2017 ke 31 Mac 2017. Sehubungan itu pihak sekolah yang berminat boleh menghantar borang pendaftaran sebelum atau pada 31 Mac 2017 dengan menggunakan borang pendaftaran yang asal. Ikuti laman di bawah untuk maklumat lanjut:

  1. Terma dan syarat pertandingan
  2. Borang Pendaftaran EE Challenge 2017
EEC EEC2b EE2017 2402
Read 1982 times Last modified on Monday, 03 April 2017 12:30