bg-image

Mengenai Suruhanjaya Tenaga

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan agensi kawal selia bekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.


Beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002, ST telah mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, yang telah dibubarkan pada tarikh yang sama.

Tanggungjawab ST adalah seperti yang termaktub di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berikut:

- Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] seperti dipinda 2015
- Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501]
- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 seperti dipinda 2014
- Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
- Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
- Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008
- Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997
- Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006