bg-image

Peranan dan Tanggungjawab

roles

Kawal Selia Ekonomi

Untuk menggalakkan keekonomian dalam penjanaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik dan dalam retikulasi dan penggunaan gas; menggalakkan persaingan; membolehkan pengendalian pasaran yang adil dan cekap dan mencegah penyalahgunaan monopoli atau kuasa pasaran dalam industri elektrik dan gas berpaip.

Peraturan Teknikal

Untuk memastikan keselamatan, daya harap, kecekapan dan kualiti bekalan dan perkhidmatan dalam industri elektrik dan bekalan gas berpaip.

Peraturan Keselamatan

Untuk melindungi industri, pengguna dan orang awam dari bahaya yang timbul dari penjanaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik, dan pengagihan, pembekalan dan penggunaan gas berpaip.