bg-image

Kursus Sepenuh Masa

Kursus yang dijalankan sepenuh masa di institusi secara biasa, hari Isnin hingga Jumaat megikut waktu rasmi pejabat atau lain-lain masa yang ditetap oleh institusi. Kursus ini melibatkan pelatih atau calon yang tidak bekerja.

Klik di sini untuk mengetahui Institusi-institusi yang ditauliah bagi menjalankan kursus dan peperiksaan kekompetenan secara sepenuh masa.

Kursus dan Latihan


Kategori peperiksaan dan latihan yang boleh ditawarkan oleh pihak institusi terbahagi kepada dua iaitu Pendawai dan Penjaga Jentera.

1.    Pendawai (Fasa Tunggal dan Fasa Tiga)

Fasa Tunggal ( PW1 / PW2 ) Kelayakan

PROGRAM  I (2 TAHUN):
Kursus hendaklah dijalankan selama dua (2) tahun mengikut turutan seperti berikut:

  1. Satu (1) tahun di institusi termasuk telah menjalani sekurang-kurangnya 3 kali latihan
    pendawaian di rumah contoh sebelum menjalani latihan kerja industri.
  2. Enam (6) bulan latihan kerja industri dengan kontraktor elektrik yang berdaftar
    dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Enam (6) bulan di institusi sepenuh masa.
  4. Pembelajaran di Institusi: teori 40% dan amali 60%.
  5. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  6. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
1.    Kelayakan Asas.
PROGRAM II (2 TAHUN):
Kursus hendaklah  dijalankan selama dua (2) tahun mengikut turutan seperti berikut:
  1. Satu (1) tahun di institusi termasuk telah menjalani sekurang-kurangnya 3 kali latihan pendawaian di rumah contoh sebelum menjalani latihan kerja industri.
  2. Sembilan (9) bulan latihan kerja industri dengan kontraktor elektrik yang berdaftar
    dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
  4. Pembelajaran di Institusi: teori 40% dan amali 60%
  5. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  6. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
1.    Kelayakan Asas.
Fasa Tunggal ( PW1 / PW2 ) Kelayakan

PROGRAM  III (15 BULAN):
Kursus hendaklah  dijalankan selama satu (1) tahun tiga (3) bulan mengikut turutan seperti berikut:

  1. Enam (6) bulan di Institusi secara sepenuh masa termasuk telah menjalani sekurang-kurangnya 2 kali latihan
    pendawaian di rumah contoh sebelum menjalani latihan kerja industri.
  2. Enam (6) bulan latihan kerja industri dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
  4. Pembelajaran di Institusi: teori 40% dan amali 60%.
  5. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  6. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Mempunyai satu (1) tahun pengalaman bekerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian di atas bagi tempoh satu (1) tahun pengalaman berkenaan  yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  4. Mengadakan penyata KWSP atau SOCSO bukti pengalaman kerja satu (1) tahun tersebut atau lebih.
Fasa Tiga ( PW3 / PW4 ) Kelayakan

PROGRAM  I (3 TAHUN):
Kursus hendaklah  dijalankan selama tiga (3) tahun mengikut turutan seperti berikut:

  1. Dua (2) tahun di institusi termasuk telah menjalani sekurang-kurangnya tiga (3) kali latihan pendawain di rumah contoh sebelum menjalani latihan kerja industri.
  2. Enam (6) bulan latihan kerja industri dengan kontraktor elektrik kelas C dan ke atas yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Enam (6) bulan di institusi secara sepenuh masa.
  4. Pembelajaran di Institusi: teori 40% dan amali 60%.
  5. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  6. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
1.     Kelayakan asas.
Fasa Tiga ( PW3 / PW4 ) Kelayakan

PROGRAM  II (1 TAHUN):
Kursus hendaklah  dijalankan selama satu (1) tahun mengikut turutan seperti berikut:

  1. Tiga (3) bulan di institusi termasuklah telah menjalani sekurang-kurangnya dua (2) kali latihan pendawaian di rumah contoh sebelum menjalani latihan kerja industri.
  2. Enam (6) bulan latihan kerja industri dengan kontraktor elektrik kelas C dan ke atas yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Latihan hendaklah yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik Fasa Tiga.
  3. Tiga (3) bulan di institusi secara sepenuh masa.
  4. Pembelajaran di Institusi: teori 40% dan amali 60%
  5. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  6. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Memegang perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2).

 

2.    Category for Chargeman - AO until B4 :