bg-image

Panduan Mengikuti Kursus Separuh Masa

Pengenalan

Suruhanjaya Tenaga di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 telah mentauliahkan secara berterusan institusi-institusi sebagai pusat latihan dan peperiksaan kekompetenan dalam kategori-kategori yang berkaitan secara separuh masa. 

Kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa ini dapat menyediakan peluang kepada calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya. Melalui kursus ini, calon-calon dapat mengikuti pelajaran teori dan amali secara teratur dan sistematik dalam masa yang lebih fleksibel sebelum calon-calon tersebut menduduki peperiksaan kekompetenan berkenaan.

Pelaksanaan Kursus Dan Peperiksaan Kekompetenan

Calon-calon persendirian yang sedang bekerja dalam bidang berkaitan dan berminat untuk meningkatkan kemajuan diri serta kerjaya boleh memohon untuk menjalani kursus dan peperiksaan kekompetenan Pendawai, Penjaga Jentera dan Pencantum Kabel melalui institusi berkenaan.

Segala urusan mengenai kursus dan latihan, peperiksaan kekompetenan dan persijilan, bayaran kursus, yuran atau fi peperiksaan akan diuruskan oleh institusi tersebut.

Klik di sini untuk mengetahui Institusi-institusi yang ditauliah bagi menjalankan kursus dan peperiksaan kekompetenan secara separuh masa.

Kelayakan Pelatih / Calon

1.    Kelayakan asas bagi setiap kursus dan peperiksaan kekompetenan adalah seperti berikut:
              a.  Warganegera Malaysia.
              b.  Berumur 18 tahun atau lebih bagi Pendawai dan 20 tahun atau lebih bagi Penjaga Jentera dan
                   Pencantum Kabel pada tarikh peperiksaan.
              c.  Kelayakan pelajaran atau pendidikan adalah:
                       - Tamat tingkatan lima (5) bagi calon-calon yang tiada memegang apa-apa perakuan
                         kekompetenan Pendawai, Penjaga Jentera atau Pencantum Kabel.
                       - Tamat tingkatan tiga (3) bagi calon-calon yang memegang mana-mana perakuan
                         kekompetenan Penjaga Jentera (Terhad) bagi menduduki peperiksaan Penjaga Jentera
                         (terbuka).
                       - Tiada kelayakan pelajaran atau pendidikan diambil kira bagi calon-calon yang telah
                         memegang mana-mana perakuan kekompetenan Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum
                         Kabel.
                       - Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
2.    Kelayakan teknikal atau pengalaman kerja, secara amnya adalah seperti berikut dan akan dinilai oleh
       institusi berkenaan berdasarkan kursus yang dipohon.

            Pendawai PW1/PW2
            Pendawai PW3/PW4
            Penjaga Jentera A0
            Penjaga Jentera A1
            Penjaga Jentera A4-1
            Penjaga Jentera A4
            Penjaga Jentera B0 (11kV)
            Penjaga Jentera B1 (11 kV)
            Penjaga Jentera B4 (11kV)
            Modul Talian Atas Voltan Rendah (80 Jam)
            Modul Janakuasa Voltan Rendah dengan Penyegerakan (80 Jam)
            Modul Talian atas Voltan Tinggi (80 Jam)
            Modul Janakuasa Voltan Tinggi dengan Penyegerakkan (80 Jam)


NOTA 1: Modul Talian Atas Voltan Rendah (TAVR) dan modul Janakuasa Voltan Rendah dengan Penyegerakkan (JKVRP) ini boleh digunakan atau disesuaikan bagi melayakkan calon-calon menyertai peperiksaan persendirian Penjaga Jentera yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana kursus Penjaga Jentera sepenuh/separuh masa yang dijalankan oleh institusi bertauliah berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga Bil. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.

NOTA 2: Modul Talian Atas Voltan Tinggi (TAVT) dan modul Janakuasa Voltan Tinggi dengan Penyegerakkan (JKVTP) ini boleh digunakan atau disesuaikan bagi melayakkan calon-calon menyertai peperiksaan persendirian yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga atau mana-mana kursus Penjaga Jentera seperuh/separuh masa yang dijalankan oleh institusi bertauliah berdasarkan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga Bil. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.