Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Adalah menjadi dasar Suruhanjaya Tenaga untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Suruhanjaya Tenaga ialah:

  • Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
  • Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
  • Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan; dan
  • Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Suruhanjaya Tenaga yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti hariannya, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan Suruhanjaya Tenaga.