bg-image

Perakuan Kelulusan bagi pemasang, pengilang atau pengimport gegasan gas , perkakas gas atau kelengkapan gas

Peraturan 116(1), Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997, menghendaki bahawa tiada seseorang pun boleh memasang, mengilang atau mengimport gegasan, perkakas atau kelengkapan gas tanpa mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga.

Syarat-Syarat Perakuan Kelulusan bagi memasang, mengilang atau mengimport gegasan gas, perkakas gas atau kelengkapan gas.

1. Melengkapkan borang JG 6 serta mengemukakan satu set dokumen sokongan lengkap seperti berikut:
       a.  Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat.
       b.  Salinan perjanjian sewa atau hak milik/perjanjian jualbeli bagi premis perniagaan / pejabat
            beroperasi.
       c.  Latarbelakang syarikat, diantara lain adalah maklumat:
                 - Struktur organisasi dan tanggungjawab kakitangan berkaitan.
                 - Pengalaman syarikat dan khidmat sokongan teknikal berkaitan bidang gas.
                 - Khidmat selepas jualan dan jaminan alat ganti.
       d.  Surat lantikan sebagai wakil dari syarikat yang membekalkan gegasan gas / perkakas gas / kelengkapan
            gas. (Sekiranya pemohonan perakuan mengimport).

2. Bagi permohonan perakuan mengilang, keutamaan diberi kepada yang mempunyai Lesen Persijilan Barangan yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd. atau sijil ISO atau institusi yang diiktiraf.

3. Setiap permohonan bagi Perakuan Kelulusan bagi memasang, mengilang atau mengimport gegasan gas, perkakas gas atau kelengkapan gas akan diproses dan Perakuan Kelulusannya akan dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu setelah permohonan lengkap diterima.