bg-image

Perakuan bagi gegasan gas, perkakas gas dan kelengkapan gas

Peraturan 117(1) Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 memperuntukkan bahawa tiada gegasan gas, perkakas gas  atau kelengkapan gas boleh dipasang, dikilang, diimport, dijual atau digunakan melainkan ia telah diuji dan diperakui dan diluluskan oleh Kerajaan atau agennya atau mana-mana orang yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Perakuan bagi gegasan gas, perkakas gas atau kelengkapan gas

1. Melengkapkan borang JG 7 serta mengemukakan satu set dokumen sokongan lengkap seperti berikut:

      a. Katalog spesifikasi dengan butiran-butiran seperti nama, model, jenama bagi gegasan gas, perkakas gas
          atau kelengkapan gas.
      b. Kod rekabentuk bagi pembinaan gegasan gas, perkakas gas atau kelengkapan gas.
      c. Spesifikasi teknikal, panduan kendalian dan gambar-gambar sampel.
      d. Salinan laporan ujian oleh pihak SIRIM Berhad atau salinan laporan oleh makmal yang diakreditasi oleh
          International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC).

2. Setiap permohonan bagi Pemerakuan bagi memasang, mengilang atau mengimport gegasan gas, perkakas gas atau kelengkapan gas akan diproses dan Perakuan Kelulusannya akan dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu setelah permohonan lengkap diterima.