bg-image

Kelulusan Untuk Mengendali Pepasangan Paip Gas

Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 menyatakan bahawa apabila setelah siap sesuatu kerja pada pepasangan gas yang baru, pemohon hendaklah memohon bagi kelulusan untuk mengendalinya daripada Suruhanjaya Tenaga, dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis berserta Perakuan Siap dan Perakuan Ujian. Perakuan-perakuan  tersebut hendaklah ditandatangani oleh Orang Kompeten yang bersesuaian yang menyelia kerja pepasangan itu.

Syarat-Syarat untuk mendapatkan Kelulusan untuk Mengendali

1. Melengkapkan borang JG 9 serta mengemukakan satu set dokumen sokongan lengkap seperti berikut:

a) Lukisan rekabentuk terbina yang disahkan oleh Orang kompeten
b) Gambar-gambar pepasangan gas.
c) Rekod kerja kimpalan – Borang JG 5 (jika berkaitan).
d) Perakuan Siap (Borang B)
e) Perakuan Ujian (Borang C)
f) Rekod pemeriksaan dan ujian oleh Orang kompeten.

2. Pemasangan, ujian dan penjalanan (commissioning) sistem talian paip gas hendaklah mematuhi kehendak-kehendak keselamatan dan teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-peraturan Bekalan Gas 1997, dan Suruhanjaya Tenaga.

3. Setiap permohonan bagi Kelulusan untuk mengendali akan diproses dan kelulusannya akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu setelah permohonan lengkap diterima.