bg-image

Lesen Untuk Membekal

Lesen Untuk Membekal Gas Melalui Talian Paip

Pelesenan firma-firma yang membekalkan gas melalui talian paip merupakan mekanisma utama dalam industri pengagihan gas kepada pengguna-pengguna berfungsi secara teratur, selamat dan ekonomik. Seksyen 11(1) menyebut bahawa taiada seorang pun boleh membekalkan gas melalui apa-apa talian paip melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini. Kuasa untuk mengeluarkan lesen diberikan kepada Suruhanjaya Tenaga selepas kelulusan oleh Menteri. Suruhanjaya Tenaga juga boleh menggantung atau menarik balik lesen sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

Melindungi kepentingan pengguna

Untuk melindungi kepentingan pengguna-pengguna dan juga untuk membantu dalam operasi pembekalan gas, pemegang lesen diberikan tanggungjawab dan juga kuasa berhubung dengan pembinaan dan pengendalian talian paip dan pepasangan gas. Antara lain, pemrgang lesen bertanggungjawab dibawah Seksyen 14 Akta 501 untuk membekalkan gas kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis di dalam kawasan pembekalan yang meminta gas dibekalkan. Untuk perkhidmatan tersebut, pemegang lesen dibenarkan mengenakan tarif, mendapatkan apa-apa bayaran dan cagaran bagi pembekalan gas. Pemegang lesen juga boleh menghentikan bekalan gas dalam keadaan-keadaan tertentu yang disebutkan di dalam Akta termasuk dalam keadaan
Berbahaya seperti apabila berlaku kebocoran, kebakaran atau letupan paip atau insiden-insiden lain yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna dan orang awam.

Peraturan-peraturan bekalan gas memperuntukkan tujuh jenis lesen yang boleh dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta 501, iaitu:
1. Lesen Pengimportan ke Terminal Penggasan Semula
2. Lesen Penggasan Semula
3. Lesen Pengiriman
4. Lesen Pengangkutan
5. Lesen Pengagihan
6. Lesen Peruncitan
7. Lesen Gas Persendirian

Kesemua permohonan lesen gas perlu menggunakan Borang JGL melalui permohonan atas talian (OAS-Online Application System) di oas.st.gov.my.

Garis panduan permohonan lesen
gaslicence