bg-image

Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Boleh Dikompaun) 2006

P.U. (A) 320.

AKTA BEKALAN GAS 1993
PERINTAH BEKALAN GAS (KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN) 2006

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 34(1) Akta Bekalan Gas 1993 Akta [501], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1.    (1)    Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Boleh Dikompaun) 2006.

       (2)    Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 September 2006.

 

Kesalahan boleh dikompaun
 
2.    Semua kesalahan di bawah Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta boleh dikompaun kecuali kesalahan-kesalahan di bawah subseksyen 5(4), 29(5) dan 30(3) Akta.
 

Dibuat 9 Ogos 2006
[(S) ST(IP)/JUU)300/4/1;PN(PU2)528/11]

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Prime Minister