bg-image

Peraturan-Peraturan Bekalan Gas (Pengkompaunan Kesalahan) 2006

P.U. (A) 321.

AKTA BEKALAN GAS 1993

PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2006

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 39(1) Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas (Pengkompaunan Kesalahan) 2006.
  (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa 1 September 2006.



Pengkompaunan Kesalahan

2. (1) Suatu tawaran untuk mengkompaun hendaklah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dalam Borang 1 Jadual.
  (2) Seseorang yang menerima suatu tawaran untuk mengkompaun hendaklah mengemukakan bayaran kompaun dengan menggunakan Borang 2 Jadual.



Pembayaran kompaun

3. (1) Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan telah dibuat dan diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membuat pembayaran melalui kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, cek jurubank atau draf bank kepada Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan dipalang dengan perkataan "Akaun Penerima Sahaja".
  (2) Pembayaran hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam notis tawaran untuk mengkompaun.
  (3) Suatu resit hendaklah dikeluarkanbagi tiap -tiap pembayaranyang diterima di bawah subperaturan
( 1) kepada orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat.



Tawaran untuk mengkompaun sebelum permulaan pendakwaan

4. (1) Sesuatu tawaran untuk mengkompaun di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu telah dibuat.
  (2) Jika amaun wang yang dinyatakandalam notis tawaran untuk mengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang kepadanya tawaran itu dibuat tanpa apa-apa notis selanjutnya.



Penyampaian notis tawaran untuk mengkompaun melalui pos

5.   Jika suatu notis tawaran untuk mengkompaun disampaikan melalui pos berdaftar AR, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan pada masa notis itu diserahkan dalam perjalanan biasa pos.


JADUAL - PERATURAN-PERATURAN BEKALAN GAS (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2006