Voltan Nominal

PEMBERITAHUAN

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages sebagai voltan nominal bagi sistem bekalan voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230/400V dengan julat +10% dan -6% pada frekuensi 50 Hz dengan julat ± 1%, menggantikan voltan bekalan sediada iaitu 240/415V dengan julat +5% dan -10% pada frekuensi yang sama.
Pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2008.

 

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengannya, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:-

  Mohd Nawawi bin Hj Said Abdullah
Ketua
Unit Pembekalan & Pemantauan Perkhidmatan
Jabatan Pembekalan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga
Tel: 603-8870 8581
  Ir. Fairus binti Abd Manaf
Ketua
Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik
Jabatan Keselamatan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga
Tel: 603-8870 8607