KRITERIA KECEKAPAN TENAGA BAGI TUJUAN PERMOHONAN INSENTIF KECEKAPAN TENAGA UNTUK BAHAN DAN KELENGKAPAN ELEKTRIK
NAMA BAHAN : PENEBAT
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Nilai thermal conductivity dalam unit W/mK yang ditetapkan berdasarkan Standard MS1020: 1986 (Specification for Mineral Fibre Thermal Insulation Material) pada suhu purata ujian di antara 20oC hingga 24oC berdasarkan ujian prestasi American Society for Testing and Materials ASTM C518.
2. Kriteria Pemberian Insentif
- Hanya nilai thermal conductivity kurang daripada 0.04 W/mK pada suhu purata ujian di antara 20oC hingga 24oC.
- Bahan mematuhi keperluan pensijilan Bomba Class O (non-combustible) dan lulus ujian mengikut standard BS 476 Bahagian 6&7 atau Bahagian 4 untuk ujian tahan kebakaran;
- Mematuhi keperluan Sijil Barangan Tersenarai yang dikeluarkan SIRIM QAS International Sdn Bhd untuk jaminan kualiti bahan.
- Ujian prestasi dilakukan oleh SIRIM atau makmal luar negara yang diiktiraf oleh Standard Malaysia.
NAMA KELENGKAPAN : PETI SEJUK DOMESTIK
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian:
- Nilai STAR Index untuk setiap model yang diuji yang ditetapkan berdasarkan Standard berikut:
- MS ISO 8561:2000 (Household Frost Free Frefrigerating Appliances-Refrigerators, Refrigerator-Freezers, Frozen Food Storage Cabinets and Food Freezers Cooled by Internal Forced Air Circulation-Characteristics and Test Methods).
- MS ISO 8187:2000 (Household Refrigerating Appliances-Refrigerators-Freezers- Characteristics and Test Methods).
- Pengiraan STAR Index adalah seperti berikut:
Di mana,
Energy Efficiency Factor (EEF)= “Adjusted Volume” peti sejuk(liter)
Tenaga elektrik diguna sehari (kWj)
- Nilai STAR Index untuk setiap penarafan STAR adalah seperti dalam jadual di bawah.
STAR Nilai STAR Index 5 +25%≤ STAR Index 4 +10%≤ STAR Index <+25% 3 -10%≤ STAR Index <+10% 2 -25%≤ STAR Index<-10% 1 STAR Index <-25%
2. Kriteria Pemberian Insentif
NAMA PERALATAN : MOTOR CEKAP TENAGA (HIGH EFFICIENCY MOTORS)
- Hanya peti sejuk yang bertaraf 5 STAR.
- Pengeluar hendaklah memohon kelulusan Suruhanjaya Tenaga untuk mendapat penarafan STAR tersebut dan menggunakan label cekap tenaga yang telah ditetapkan.
- Ujian prestasi tenaga dilakukan oleh SIRIM atau makmal luar negara yang diiktiraf oleh Standard Malaysia.
- Telah memasuki Skim Pengesahan Barangan SIRIM QAS International Sdn Bhd.
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Standard ujian IEC 60034-2 (Rotating Electrical Machines Part 2: Methods for Determining Losses and Efficiency of Rotating Electrical Machinery from Tests (Excluding Machines for Traction Vehicles)
- Klasifikasi motor yang ditetapkan berdasarkan standard CEMEP (European Committee of Manufacturers of Electrical Machinery and Power Electronics)
2. Kriteria Pemberian Insentif
- Motor yang bertaraf EFF1 di bawah CEMEP layak mendapat insentif kecekapan tenaga.
NAMA KELENGKAPAN : BALLAST UNTUK LAMPU FLUORESCENT
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Kehilangan Watt ballast untuk jenis conventional yang diuji berdasarkan Standard MS 141: Part 2 :1993.
- Ujian prestasi untuk ballast elektronik, berdasarkan Standard MS IEC 929 :1995
2. Kriteria Pemberian Insentif
- Nilai kehilangan watt ballast jenis conventional hendaklah tidak melebihi daripada 6W untuk jenis 18/20W dan 36/40W dan ballast elektronik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.
- Telah memasuki Skim Pengesahan Barangan SIRIM QAS International Sdn Bhd.
NAMA KELENGKAPAN : KIPAS DOMESTIK
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Nilai Co-efficient Of Performance (COP) yang ditetapkan berdasarkan ujian yang mematuhi Standard MS1220:2001Pengiraan COP dibuat mengikut formula berikut:
COP = Air Delivery (m3/min)
Input Power (W)
- Penarafan STAR bagi jenis-jenis kipas berasaskan nilai COP adalah seperti dijadual di bawah.
(a) Kipas Siling
Taraf STAR
COP(m3/min/W) 1 2.50 – 2.57 2 2.58 – 2.65 3 2.66 – 2.73 4 2.74 – 2.99 5 ≥ 3.00
(b) Kipas Pedestal, Dinding, Meja2. Kriteria Pemberian Insentif
Taraf COP(m3/min/W) 1 1.00 – 1.03 2 1.04 – 1.07 3 1.08 – 1.11 4 1.12 – 1.19 5 ≥ 1.20
- Hanya kipas yang mempunyai taraf 3,4 dan 5 STAR (dengan nilai COP 2.66 atau lebih untuk kipas siling dan COP 1.08 atau lebih untuk kipas pedestal, dinding dan meja) layak untuk mendapat insentif kecekapan tenaga.
- Telah mendapat perakuan kelulusan yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Tenaga.
- Telah memasuki Skim Pengesahan Barangan SIRIM QAS International Sdn Bhd.
NAMA KELENGKAPAN : LAMPU
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Nilai prestasi tenaga lampu iaitu efficacy dalam unit Lumen per Watt (L/W) yang ditetapkan berdasarkan standard ujian MS IEC 60969:2006 (Self-ballasted lamps for general lighting services – Performance requirements) bagi lampu jenis fluorescent.
Standard pengujian bagi lampu jenis Light Emmission Diode (LED) akan dimaklumkan.
2. Kriteria Pemberian Insentif
Jenis lampu dengan nilai Lumen Per Watt yang layak untuk mendapat insentif kecekapan tenaga adalah seperti berikut:
- Lampu jenis Fluorescent Tube hendaklah mempunyai nilai efficacy 70 L/W atau lebih.
- Lampu jenis LED hendaklah mempunyai nilai efficacy 45L/W atau lebih untuk jenis integrated termasuk transformer.
- Lampu jenis Compact Fluorescent Lamp (CFL) hendaklah mempunyai nilai efficacy seperti dijadual di bawah.
(a) Jenis integrated dengan ballast
Kadar Kuasa (W) Efficacy (L/W) <9 36 9-15 48 16-24 53 >24 60
(b) Jenis non-integrated
NAMA KELENGKAPAN : PENYAMAN UDARA
Kadar Kuasa (W) Efficacy (L/W) ≤10 50 11 -50 65 ≥51 75
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian
- Nilai Energy Efficiency Ratio (EER) yang ditetapkan berdasarkan ujian yang mematuhi Standard MS ISO 5151:2004 (Non-ducted air conditioners and heat pumps : Testing and rating for performance)
Pengiraan EER dibuat mengikut formula berikut:
EER = Cooling Capacity (Btu/j)Input Power (W)
- Penarafan STAR berasaskan nilai EER (dan kuantiti model yang terlibat dalam pasaran tempatan) adalah seperti dijadual di bawah.
2. Kriteria Pemberian Insentif
Taraf STAR Nilai EER 5 >10.41 4 9.94-10.4 3 8.99-9.93 3 8.52 - 8.98 1 < 8.51
- Penyaman udara jenis single split wall mounted sahaja.
- Hanya penyaman udara yang bertaraf 4 dan 5 STAR (dengan nilai EER 9.94 dan lebih) layak mendapat insentif kecekapan tenaga.
- Mematuhi syarat-syarat ujian seperti berikut:
• Menggunakan kaedah pengujian Balanced Type Calorimeter atau Psychometric.• Ujian di makmal tempatan yang menepati syarat-syarat kemudahan pengujian yang ditetapkan oleh SIRIM atau makmal luar negara yang diiktiraf oleh Standard Malaysia.• Kapasiti yang diuji mesti mempunyai nilai 90% atau lebih berbanding kapasiti yang diisytiharkan oleh pengeluar.
- Telah memasuki Skim Pengesahan Barangan SIRIM QAS International Sdn Bhd
NAMA KELENGKAPAN : TELEVISYEN
1. Penunjuk Prestasi dan Standard Ujian:
- Nilai STAR Index untuk setiap model yang diuji ditetapkan berdasarkan Standard IEC 62087 Edisi 2.0 2008-10 bagi pengukuran kuasa pada On Mode dan MS IEC 62301:2006 bagi pengukuran kuasa pada Standby Mode.
- Pengiraan STAR Index adalah seperti berikut:
Nilai STAR Index untuk setiap penarafan STAR adalah seperti dalam jadual di bawah
STAR Nilai STAR Index
1STAR Index <-20% 2-20%≤ STAR Index<-10% 3-10%≤ STAR Index <+10% 4+10%≤ STAR Index <+20% 5+20%≤ STAR Index
2. Kriteria Pemberian Insentif:
- Televisyen yang bertaraf 4 STAR dan 5 STAR layak mendapat insentif kecekapan tenaga.
- Pihak pengeluar hendaklah memohon kelulusan Suruhanjaya Tenaga untuk mendapat penarafan STAR tersebut dan menggunakan label cekap tenaga yang telah ditetapkan.

