Tentang Kami

Piagam Pelanggan

Suruhanjaya Tenaga komited dalam:

  • Membentuk sistem kawal selia yang menggalakkan industri elektrik dan gas menjadi teguh dan kepentingan pengguna dilindungi;
  • Memantau bekalan elektrik dan retikulasi gas secara berkesan dari segi kualiti perkhidmatan, keselamatan dan harga yang berpatutan;
  • Menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan; dan
  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra dalam tempoh yang ditetapkan untuk pelesenan dan pengeluaran sijil.

Komitmen kami kepada pelanggan adalah seperti berikut:

Pengadu

  • Semua aduan akan direkodkan
  • Semua pengadu akan menerima notifikasi aduan dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Pengadu akan dimaklumkan mengenai status aduan mereka secepat mungkin, dalam tempoh 15 hari bekerja
  • Bagi aduan yang memerlukan siasatan komprehensif, pengadu akan dimaklumkan mengenai status aduan dari semasa ke semasa

Pemohon
Kami akan memproses dan meluluskan permohonan yang lengkap untuk lesen dan perakuan dalam tempoh masa yang dinyatakan berikut:

1. PERMOHONAN LESEN HARI BEKERJA
  Elektrik  
  Lesen Persendirian kurang daripada 5MW 15
  Pembaharuan Lesen Persendirian kurang daripada 5MW 3
  Pindaan Kapasiti Pepasangan kurang daripada 5MW 3
  Lesen Persendirian 5MW dan lebih 60
  Lesen Awam kurang daripada 30MW 60
  Lesen Provisional 30
     
  Gas Berpaip  
  Lesen Gas Persendirian 1
  Pembaharuan Lesen Gas Persendirian 1
  Lesen Penggunaan Gas 60

 

2. PERAKUAN KEKOMPETENAN HARI BEKERJA
  Kekompetenan Elektrik (Calon Persendirian)  
  Notis Awam Mengenai Permohonan Peperiksaan Bertulis 30 hari sebelum tarikh permohonan ditutup
  Notis Mengenai Kelayakan Menduduki Peperiksaan Bertulis 21 hari selepas tarikh permohonan ditutup
  Pemberitahuan Mengenai Keputusan Peperiksaan Bertulis 30 hari selepas peperiksaan
  Pengeluaran Perakuan Kekompetenan 30 hari selepas pemberitahuan mengenai keputusan peperiksaan praktikal
  Penggantian perakuan yang rosak atau hilang 14
  Pendaftaran Baru Orang Kompeten 1
  Pembaharuan atau Pembatalan Pendaftaran Orang Kompeten 1
     
  Kekompetenan Gas  
  Notis Mengenai Peperiksaan Bertulis 30 hari sebelum tarikh tutup permohonan
  Notis Mengenai Kelayakan Menduduki Peperiksaan Bertulis 30 hari selepas tarikh tutup permohonan
  Pemberitahuan Keputusan Peperiksaan Bertulis 21 hari selepas peperiksaan
  Pendaftaran Baru dan Pembaharuan Pendaftaran 1

 

3. PENTAULIAHAN INSTITUSI LATIHAN UNTUK KEKOMPETENAN ELEKTRIK DAN GAS HARI BEKERJA
  Pentauliahan  
  Kelulusan sebagai Institusi Bertauliah 60

 

4. KELULUSAN KELENGKAPAN HARI BEKERJA
  Kelengkapan Elektrik  
  Perakuan Kelulusan untuk Mengimport, Mengilang, Mempamer, Menjual atau Mengiklan 5
  Pembaharuan Perakuan Kelulusan 1
  Pindah Milik Perakuan Kelulusan 5
  Perubahan Nama atau Alamat Perniagaan dalam Perakuan Kelulusan 1
     
  Kelengkapan Gas  
  Kelulusan untuk Mengilang atau Mengimport 5
  Kelulusan Kelengkapan Gas 5
  Pembaharuan Kelulusan untuk Mengilang atau Mengimport 1
  Perubahan Nama atau Alamat Perniagaan dalam Kelulusan 1

 

5. PENDAFTARAN PEPASANGAN HARI BEKERJA
  Pepasangan Elektrik  
  Pendaftaran Baru 15
  Pembaharuan Pendaftaran 3
  Pindaan Kapasiti dan Pindah Milik Perakuan Pendaftaran 3
  Pembatalan Pendaftaran 1
     
  Pepasangan Gas Berpaip  
  Kelulusan untuk Memasang 15
  Kelulusan untuk Mengendali 7

 

6. PENDAFTARAN KONTRAKTOR HARI BEKERJA
  Kontraktor Elektrik  
  Pendaftaran Baru, Pembatalan dan Rayuan Kemasukan Semula dalam Daftar 3
  Pembaharuan Pendaftaran 1
  Perubahan dalam Kelas Pendaftaran dan Maklumat Berkaitan 3
     
  Kontraktor Gas Berpaip  
  Pendaftaran Baru 2
  Permohonan Pembaharuan Pendaftaran 2

 

7. PENDAFTARAN PENGURUS TENAGA ELEKTRIK HARI BEKERJA
  Pendaftaran  
  Pendaftaran Baru 45