Pendawai PW3/PW4

  1. Memegang perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun dari tarikh sijil kekompetenan PW1/PW2 dikeluarkan.
  2. Mempunyai pengalaman kerja berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik Fasa Tiga dengan Kontraktor Elektrik kelas C dan ke atas yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi tempuh tidak kurang dari satu (1) tahun.
  3. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik di atas bagi tempoh satu (1) tahun pengalaman berkenaan yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  4. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja satu (1) tahun tersebut atau lebih.