Penjaga Jentera A0

  1. Bekerja tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
  2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
  3. Mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja tiga (3) tahun tersebut atau lebih.

atau

  1. Mempunyai perakuan kekompetenan
    a. Pendawai PW1/PW2/PW3/PW4/PW6
    b. Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)
    Dengan berpengalaman kerja tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
  2. Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.
  3. mempunyai penyata KWSP atau SOCSO, bukti pengalaman kerja dua (2) tahun tersebut atau lebih.