Kursus Sepenuh Masa A4-1

Program-Program Kelayakan

PROGRAM  (20 MINGGU)
Kursus hendaklah dijalankan selama lima (5) bulan mengikut turutan seperti berikut:

  1. Tiga (3) bulan di institusi termasuk latihan amali.
  2. Empat (4) minggu latihan kerja industri di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Empat (4) minggu di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir.
  4. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  5. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Pengalaman:
    i.    Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A0 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa tanpa segerak voltan rendah  dan satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah, dan
    ii.   Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa bagi tempoh pengalaman  di  di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
    atau
    iii.  Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa tanpa segerak voltan rendah, dan
    iv.  Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja janakuasa tanpa segerak voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
    atau
    v.   Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4-2 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah, dan
    vi.  Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan talian atas voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.