Kursus Sepenuh Masa B0

Program-Program Kelayakan

PROGRAM  (20 MINGGU)
Kursus hendaklah dijalankan selama lima (5) bulan mengikut turutan seperti berikut:

  1. Tiga (3) bulan di institusi termasuk latihan amali.
  2. Empat (4) minggu latihan kerja industri di industri perkilangan / perdagangan dimana pepasangannya berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Empat (4) minggu di institusi untuk ulangkaji termasuk peperiksaan akhir.
  4. Kehadiran kursus di institusi tidak kurang dari 80%.
  5. Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.
  1. Kelayakan Asas.
  2. Pengalaman:
    i.    Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4 dengan berpengalaman selama dua (2) tahun didalam sistem voltan tinggi, dan
    ii.    Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.
    atau
    i.    Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0-1 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa  segerak voltan rendah, dan
    ii.    Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja berkaitan  janakuasa  segerak voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.
    atau
    v.    Mempunyai Perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0-2 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun janakuasa  segerak voltan rendah dan satu (1)  tahun talian atas voltan rendah, dan
    vi.    Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja berkaitan  janakuasa  segerak voltan rendah bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan  dan juga majikan.