E-Aduan

Pengenalan Aduan Baru Lihat Aduan

E-Aduan adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip merangkumi:

  • Pembekalan dan Keselamatan Elektrik;
  • Pembekalan dan Keselamatan Gas Melalui Talian Paip;
  • Kekompetenan Elektrik dan Gas;
  • Pengurusan Tenaga.

Aduan Baru

Bagi aduan baru, pengadu perlu mengisi semua medan-medan maklumat mandatori yang telah ditetapkan untuk memudahkan Unit Hubungan Luar dan Pengurusan Aduan membantu anda.

  • Nama pengadu, alamat surat menyurat dan e-mel;
  • Nama, alamat surat menyurat dan e-mel, nombor telefon, dan alamat laman web pihak yang disebut dalam aduan; dan 
  • Butiran khusus mengenai aduan.

Semakan Aduan

Sila nyatakan nombor rujukan aduan anda berserta salah satu butiran sokongan (no. kad pengenalan, alamat emel atau no. telefon bimbit anda) yang telah didaftarkan bersama aduan tersebut.

Semakan aduan boleh digunakan untuk semua jenis aduan yang pernah didaftarkan ke portal eAduan Suruhanjaya Tenaga.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau penerangan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh hubungi pihak  Unit Hubungan Luar Dan Hal Ehwal Pengguna di talian03-88708632 atau 03-88708674 (9:00 pagi – 5.00 pm, Isnin - Jumaat).


Carta Aliran Proses E-Aduan

flowchart

SMS eAduan Suruhanjaya Tenaga adalah satu saluran bagi membolehkan orang awam menyalurkan aduan kepada Suruhanjaya melalui satu kod nombor SMS yang ringkas iaitu 15888.

 

1.    Taip: ST ADUAN < diikuti dengan aduan>.

2.    Hantar ke 15888.

3.    Pengadu akan menerima maklumbalas berserta No. Rujukan.

4.    Untuk semakan, taip ST SEMAK ke 15888 atau layari www.st.gov.my untuk maklumat lanjut dan nyatakan No. Rujukan anda.

 

Harap Maklum: Setiap mesej yang dihantar oleh pengadu akan dicaj RM0.15 sen dan setiap mesej yang diterima pengadu akan dicaj RM0.20 sen. Harap maklum.


TERIMA KASIH