- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
KELAS ORANG KOMPETEN | SYARAT-SYARAT MINIMUM KELULUSAN AKADEMIK |
PENGALAMAN CALON |
Jurutera Gas (JG) |
|
2 tahun pengalaman bekerja dalam kerja talian paip gas atau sistem perpaipan gas. |
Penyelia Kejuruteraan Gas (PKG) |
Calon memiliki ijazah atau diploma dalam kejuruteraan | 2 tahun pengalaman bekerja dalam kerja talian paip gas atau sistem perpaipan gas. |
Jurugegas Gas Kelas I (JGG I) |
Calon ialah pemegang Perakuan Kekompetenan sebagai JGG II. | 1 tahun pengalaman bekerja sebagai pembantu kepada JG, PKG atau JGG I dengan menyenggara, mengendali atau mengawal talian paip gas atau sistem perpaipan gas. |
Jurugegas Gas Kelas II (JGG II) |
Calon ialah pemegang Perakuan Kekompetenan sebagai JGG III. | 2 tahun pengalaman bekerja sebagai pembantu kepada JG, PKG atau JGG I atau JGG II dengan menyenggara, mengendali atau mengawal talian paip gas atau sistem perpaipan gas. |
Jurugegas Gas Kelas III (JGG III) |
Calon perlu mempunyai kelulusan pendidikan yang sesuai yang ditentukan oleh panel. | 1 tahun pengalaman bekerja dengan talian paip gas atau sistem perpaipan gas dengan Kontraktor Gas atau di institusi akademik yang diiktiraf atau Jabatan Kerajaan atau agensi. |
Sebelum diperakukan sebagai orang kompeten, calon-calon perlu menduduki peperiksaan kekompetenan secara bertulis dan secara lisan (temuduga) yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.
Bagaimanapun, calon-calon yang lulus kursus dalam bidang kejuruteraan gas yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga, seperti kursus-kursus gas yang dikendalikan oleh UTM-MPRC Institute for Oil and Gas, Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Kemahiran MARA (IKM) boleh dikecualikan oleh Panel daripada menduduki peperiksaan bertulis.
Peranan Orang Kompeten dan Orang Bertanggungjawab adalah seperti berikut:-
Peranan Orang Kompeten:-
Pepasangan Baru
- Meneliti dan mengendors lukisan rekabentuk.
- Menjalankan atau menyelia kerja berkaitan mengikut standard dan mengendors perakuan siap (Borang B).
- Menjalankan ujian dan mengendors perakuan ujian (Borang C).
- Menjalankan atau menyelia kerja pemasangan, pembaikan atau penyenggaraan talian paip atau sistem perpaipan gas.
Pepasangan Sedia Ada
- Membuat pemeriksaan, pengujian dan memperakui pepasangan gas.
- Menyelia kerja penggalian berhampiran talian paip bawah tanah.
- Memaklumkan kepada Orang Bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang perubahan dan pembaikan pada sistem perpaipan gas dan pada situasi kecemasan.
Peranan Orang Bertanggungjawab :-
Tugas Utama
- Memastikan sistem perpaipan atau talian paip gas itu kekal boleh dikenalpasti selama ia digunakan untuk menghantar gas.
- Memastikan sistem disenggara dengan baik dan cekap dengan mematuhi piawaian keselamatan setiap masa untuk mencegah berlakunya bahaya dan kemalangan.
- Hadir semasa pemeriksaan dibuat dan memberikan bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Tenaga dalam notis pemeriksaan.
- Menyimpan buku rekod penyenggaraan dan pembaikan yang dijalankan atas pepasangan gas.
- Memastikan orang yang terlibat dalam penyenggaraan yang berkaitan dengan pepasangan gas atau kelengkapan gas dilindungi secukupnya dari bahaya.
Sekiranya berlaku kebocoroan gas
- Mengambil langkah segera dengan menutup bekalan gas jika mengesyaki kebocoran gas ke dalam premis.
- Memaklumkan segera kepada pemegang lesen jika kebocoran gas berterusan ke dalam premis selepas bekalan gas ditutup.
- Memastikan semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan tidak membahayakan keselamatan harta dan orang awam sebelum bekalan gas disambung semula.
Fi Peperiksaan bagi Perakuan Kekompetenan:
KELAS KATEGORI | FI PEPERIKSAAN BAGI PERAKUAN KEKOMPETENAN |
Jurutera Gas | RM 150.00 |
Penyelia Kejuruteraan Gas | RM 100.00 |
Jurugegas Kelas I,II dan III | RM 50.00 |
Bagi membolehkan pengawasan berkesan dibuat ke atas aktiviti-aktiviti orang kompeten, mereka hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum mereka menjalankan kerja-kerja sebagai orang kompeten yang diiktiraf, pendaftaran orang kompeten adalah sah selama 12 bulan dan hendaklah diperbaharui secara tahunan selaras dengan Peraturan 89, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997.
Skop kerja orang kompeten diperuntukkan di dalam Jadual 2 Jadual Kedua Akta Bekalan Gas 1993. Secara prinsipnya skop kerja orang kompeten terbahagi kepada 5 bidang seperti berikut:
- Pengendorsan pelan
- Pengendorsan perakuan siap
- Pengendorsan perakuan ujian
- Pembaikan pepasangan gas
- Penyenggaraan pepasangan gas.
Fi Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran bagi Perakuan Kekompetenan:
KELAS KATEGORI | FI BAGI PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN UNTUK ORANG KOMPETEN |
Jurutera Gas | RM 150.00 |
Penyelia Kejuruteraan Gas | RM 100.00 |
Jurugegas Kelas I, II dan III | RM 50.00 |
Untuk memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan sahaja dibenarkan menjalankan kerja-kerja pada pepasangan gas, Peraturan 103 menetapkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kerja berkenaan dengan pemasangan, pembinaan, pengujian, penjalanan, penentukuran, penyenggaraan, pembaikan atau pengendalian talian paip atau pepasangan gas atau sebahagian daripadanya melainkan jika dia memegang Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Gas yang sah yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997.
Jadual 4 Jadual Kedua Orang Kompeten yang dikehendaki bagi Kategori Kelas tertentu Kontraktor Gas. Maklumat yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai Kontraktor Gas:
KONTRAKTOR GAS | STANDARD MINIMA ORANG KOMPETEN YANG DIKEHENDAKI |
Kelas A |
|
Kelas B | Jurugegas Gas Kelas I |
Kelas C | Jurugegas Gas Kelas II |
Kelas D | Jurugegas Gas Kelas III |
Yuran Fi bagi Pendaftaran Kontraktor Gas:
KONTRAKTOR GAS | FI PERMULAAN/TAHUN | FI PEMBAHARUAN/ TAHUN |
Kelas A | RM 3000.00 | RM 2000.00 |
Kelas B | RM 2000.00 | RM 1000.00 |
Kelas C | RM 1000.00 | RM 700.00 |
Kelas D | RM 500.00 | RM 300.00 |
Kedudukan kewangan:
KONTRAKTOR GAS | MODAL BERBAYAR SYARIKAT ATAU MODAL TERKUMPUL PERNIAGAAN |
Kelas A | RM 50,000 (Lima Puluh Ribu Sahaja) |
Kelas B | RM 20,000 (Dua Puluh Ribu Sahaja) |
Kelas C | RM 10,000 (Sepuluh Ribu Sahaja) |
Kelas D | RM 5,000 (Lima Ribu Sahaja) |
Kontraktor Kelas A dan B adalah terhad kepada syarikat atau firma yang ditubuhan di bawah Akta Syarikat sahaja manakala Kontraktor Kelas C dan D adalah terbuka dan tidak terhad kepada syarikat atau firma yang ditubuhkan selain di bawah Akta Syarikat
Orang Kompeten yang diambil kerja hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam kerja talian paip gas atau sistem perpaipan gas.
Syarat pematuhan pendaftaran adalah seperti berikut:-
- Mendaftar perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat
- Mengambil kerja Orang Kompeten secara sepenuh masa
- Mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
- Mempunyai kelengkapan yang sesuai seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kontraktor Kelas A, Kelas B, Kelas C dan D seperti di dalam Jadual B:-
PERALATAN | KELAS A |
KELAS B | KELAS C | KELAS D |
Electo Fusion Machine |
X | |||
Holiday Gas Detector |
X | X | ||
Pressure Chart Recorder | X | X | X | |
Welding Equipment |
X | X | X | |
Welding Gauge |
X | X | X | |
Dye Penetrant Kit |
X | X | X | |
Gas Detector |
X | X | X | X |
Pressure Gauge |
X | X | X | X |
Pipe Cutter |
X | X | X | X |
Leak Test Kit |
X | X | X | X |
Threading Tools |
X | X | X | X |
Grinding Tools |
X | X | X | X |
Pipe Wrench | X | X | X | X |
Jadual B
Kategori Kelas Kontraktor dan Keperluan Kontraktor adalah seperti berikut:-
KONTRAKTOR | KEPERLUAN ORANG KOMPETEN | REKABENTUK PELAN | PEMASANGAN | PENGUJIAN | PENJALANAN | PENYENGGARAAN & PEMBAIKAN |
Kelas A |
|
Semua Kelas Pepasangan Gas | ||||
|
Pepasangan Gas Kelas II & III | Semua Kelas Pepasangan Gas | ||||
Kelas B |
|
Pepasangan Gas Kelas III | Pepasangan Gas Kelas II & III | |||
Kelas C |
|
Pepasangan Gas Kelas III | ||||
Kelas D |
|
Tiada | Pepasangan Gas Kelas III |
Petunjuk:
- JG : Jurutera Gas
- PKG: Penyelia Kejuruteraan Gas
- JGG I: Jurugegas Gas I
- JGG II: Jurugegas Gas II
- JGG III: Jurugegas Gas III
Kelas pepasangan kelas I, II dan III adalah seperti berikut :-
KELAS PEPASANGAN | GAS ASLI (NG) |
GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) |
I | TEKANAN OPERASI Pepasangan dengan tekanan operasi maksimum: P > 60 psig |
KAPASITI AGREGAT AIR Tangki penstoran > 10 kl , atau P > 20 psig selepas pengatur peringkat pertama |
II | TEKANAN OPERASI Pepasangan dengan tekanan operasi maksimum: 5 psig < P ≤ 60 psig |
KAPASITI AGREGAT AIR Tangki atas tanah ≤ 10 kl , atau TEKANAN OPERASI 5 psig < P ≤ 20 psig selepas pengatur peringkat pertama |
III | TEKANAN OPERASI Pepasangan dengan tekanan operasi maksimum: P ≤ 5 psig |
KAPASITI AGREGAT AIR Silinder Pancarongga ≤ 2.5 kl (penarikan wap sahaja) , dan P ≤ 5 psig selepas pengatur peringkat pertama |