Mengenai ST Knowledge Centre

Dalam usaha membudayakan minat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mewujudkan ST Knowledge Centre, bertempat di Aras G, Bangunan Berlian ST. ST Knowledge Centre, yang menempatkan pelbagai koleksi bacaan dan ilmu pengetahuan merupakan kemudahan yang disediakan oleh ST bukan sahaja untuk kakitangan ST tetapi juga untuk kegunaan orang ramai.
Objektif:
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong Suruhanjaya Tenaga dalam aktiviti penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan, latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan rekreasi minda.
- Membangunkan koleksi sumber ilmu dan maklumat mengenai sektor tenaga elektrik, gas, tenaga boleh baharu dan lain-lain yang berkaitan melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan berkesan.
Misi:
Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan ST Knowledge Centre yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kepuasan kakitangan Suruhanjaya Tenaga dan pengguna luar.
Visi:
ST Knowledge Centre sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan maklumat dalam bidang industri tenaga elektrik, gas dan tenaga boleh baharu bagi memenuhi keperluan kakitangan Suruhanjaya Tenaga dan pengguna luar.