Pengenalan

Salah satu tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai badan kawal selia industri tenaga negara adalah untuk memastikan kepentingan pengguna dilindungi. Mutu perkhidmatan pihak pemegang lesen dalam membekalkan tenaga elektrik dan gas melalui talian paip turut berkait rapat dengan pengguna.

Microsite ini disediakan untuk memberi panduan kepada pengguna mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh para pengguna yang mempunyai sebarang masalah mengenai pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip.

ST menyediakan sistem aduan atas talian (eAduan) bagi pengguna elektrik dan gas berpaip di pautan Sistem Aduan.

 


Proses Pengurusan Aduan