Maklumat Diperlukan

Anda perlu mengemukakan maklumat-maklumat berikut semasa membuat aduan:

  1. Nama penuh
  2. No akaun bil (sekiranya berkaitan)
  3. Alamat rumah/pejabat dan lokasi masalah
  4. No telefon tetap dan bimbit
  5. Emel
  6. Butiran aduan
  7. Dokumen-dokumen yang berkaitan

Bagi aduan yang berkaitan dengan pihak pemegang lesen seperti TNB/SESB/GMB, maklumat berikut juga diperlukan:

  1. No aduan/tiket/id/rujukan – No. rujukan aduan yang telah dilaporkan kepada TNB/SESB/GMB sebelum ini.
  2. Dokumen-dokumen yang berkaitan (contoh surat maklumbalas yang telah diterima daripada TNB/SESB/Gas Malaysia atau lain-lain dokumen)



Contoh Borang Aduan