PENGENALAN

 

Klik disini

Energy Efficiency Challenge julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara tahunan ST kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah-sekolah. Seiringan dengan itu, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah membuat keputusan untuk meneruskan penganjuran pertandingan Energy Efficiency Challenge bagi tahun 2022.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk:

  • Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya
  • Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan orang awam
  • Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar
  • Mempromosikan Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia elektrik dan bekalan gas berpaip

Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak mengikut jenis kategori pertandingan. Mengikut jenis baharu pertandingan, terdapat lima (5) jenis kategori yang akan dipertandingan seperti berikut:

Pemenang bagi setiap kategori akan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah di sekitar Putrajaya atau Kuala Lumpur dan tarikh majlis akan diumumkan mengikut situasi semasa pandemik COVID-19.

Sila tekan tab disebelah kiri untuk maklumat lanjut bagi setiap pertandingan.

*Nota: Maklumat terkini dan terma dan syarat pertandingan akan dikemas kini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Oleh itu, sebarang percanggahan akan dirujuk mengikut maklumat terkini di laman web ini.

**Nota 2: Pertandingan ini telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat kelulusan KPM: KPM.600-8/2/7 Jld. 25 (74) bertarikh 22 Jun 2022.