E-Aduan

Pengenalan Aduan Baru Lihat Aduan

E-Aduan adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip merangkumi:

  • Pembekalan dan Keselamatan Elektrik;
  • Pembekalan dan Keselamatan Gas Melalui Talian Paip;
  • Kekompetenan Elektrik dan Gas;
  • Pengurusan Tenaga.

Aduan Baru

Bagi aduan baru, pengadu perlu mengisi semua medan-medan maklumat mandatori yang telah ditetapkan untuk memudahkan Unit Hal Ehwal Pengguna membantu anda.

  • Nama pengadu, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon dan alamat lokasi aduan; dan
  • Butiran khusus mengenai aduan. 


Semakan Aduan

Sila nyatakan nombor rujukan aduan anda berserta salah satu butiran sokongan (no. kad pengenalan, alamat emel atau no. telefon bimbit anda) yang telah didaftarkan bersama aduan tersebut.

Semakan aduan boleh digunakan untuk semua jenis aduan yang pernah didaftarkan ke portal eAduan Suruhanjaya Tenaga.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau penerangan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh menghubungi pihak Unit Hal Ehwal Pengguna di talian 03-88708632, 03-88708633 dan 03-88708629 (9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin – Jumaat)


Carta Aliran Pengurusan Aduan Pelanggan

flowchart