E-Aduan

Pengenalan Lihat Aduan

E-Aduan adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor pembekalan elektrik dan pembekalan gas melalui talian paip merangkumi:

  • Pembekalan dan Keselamatan Elektrik;
  • Pembekalan dan Keselamatan Gas Melalui Talian Paip;
  • Kekompetenan Elektrik dan Gas;
  • Pengurusan Tenaga.

 

Walaubagaimanapuan, Suruhanjaya tidak boleh menerima aduan daripada pengadu sekiranya perkara-perkara yang diadukan di bawah bidang kuasa berikut:

  • Jawatankuasa Kira-kira Awam
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  • Jabatan Bantuan Guaman
  • Perkara berkenaan dasar kerajaan yang telah ditetapkan
  • Tuntutan berbentuk ‘sivil’ antara individu/syarikat
  • Perkara tender pihak utiliti
  • Masalah keluarga/ peribadi
  • Polis Diraja Malaysia

 

Sebelum aduan dibuat ke Suruhanjaya, pengadu hendaklah membuat aduan kepada pihak pemegang lesen (jika berkaitan) terlebih dahulu. Maklumat berikut hendaklah disertakan sebagai bukti ( contoh: no tiket/no id/no. aduan, butiran aduan, nama staf pengendali aduan pemegang lesen , nombor telefon yang digunakan semasa menghubungi pemegang lesen atau dokumen-dokumen yang berkaitan seperti surat maklumbalas yang telah diterima daripada pemegang lesen.

gambar Rajah


Jika ingin membuat aduan, klik di sini

Aduan Baru

Bagi aduan baru, pengadu perlu mengisi semua medan-medan maklumat mandatori yang telah ditetapkan untuk memudahkan Unit Hal Ehwal Pengguna membantu anda.

  • Nama pengadu, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon dan alamat lokasi aduan; dan
  • Butiran khusus mengenai aduan. 


Semakan Aduan

Sila nyatakan nombor rujukan aduan anda berserta salah satu butiran sokongan (no. kad pengenalan, alamat emel atau no. telefon bimbit anda) yang telah didaftarkan bersama aduan tersebut.

Semakan aduan boleh digunakan untuk semua jenis aduan yang pernah didaftarkan ke portal eAduan Suruhanjaya Tenaga.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau penerangan lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh menghubungi pihak Unit Hal Ehwal Pengguna di talian 03-88708674, 03-88708633 dan 03-88708629 (9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin – Jumaat)


Carta Aliran Pengurusan Aduan Pelanggan

Sebelum aduan dibuat ke Suruhanjaya, pengadu hendaklah membuat aduan kepada pihak pemegang lesen (jika berkaitan) terlebih dahulu. Maklumat berikut hendaklah disertakan sebagai bukti ( contoh: no tiket/no id/no. aduan, butiran aduan, nama staf pengendali aduan pemegang lesen , nombor telefon yang digunakan semasa menghubungi pemegang lesen atau dokumen-dokumen yang berkaitan seperti surat maklumbalas yang telah diterima daripada pemegang lesen).

 

Untitled