Energy Efficiency Challenge 2019

Energy Efficiency Challenge atau EE Challenge merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertujuan untuk:

  1. Membudayakan amalan kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik di kalangan pelajar dan warga kerja sekolah supaya tenaga elektrik sentiasa digunakan dengan bijak dan berhemah.
  2. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga kerja sekolah mengenai kepentingan dan manfaat amalan kecekapan dan penjimatan tenaga kepada kehidupan seharian dan alam sekitar.

Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2014 di mana ia terbuka kepada sekolah-sekolah menengah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Acara ini telah diadakan dengan jayanya pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun 2016, di mana ia telah dibuka kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

Untuk 2019, pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sehubungan itu pihak sekolah yang berminat boleh menghantar borang pendaftaran sebelum atau pada 31 Mac 2019 dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  1. Terma dan Syarat Pertandingan EE Challenge 2019
  2. Borang Pendaftaran EE Challenge 2019
  3. Poster Promosi EE Challenge 2019

 

Daftar untuk Taklimat Pertandingan di http://bit.do/registereec2019:

 

Tarikh

Tempat

April 2019

ST Putrajaya

April 2019

ST Pulau Pinang, Perlis, Kedah

April 2019

ST Perak

April 2019

ST Kelantan, Terengganu

April 2019

ST Pahang

April 2019

ST Johor

April 2019

ST Kota Kinabalu

April 2019

ST Negeri Sembilan, Melaka

April 2019

JPN Kedah (TBC)