PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN 2024
#POSTER-DRAWING-CHALLENGE
- Pautan: https://tinyurl.com/PosterDrawing2024
- Tarikh tutup borang atas talian: 12 September 2024
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN
SEBELUM MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY):
1. Pihak sekolah hendaklah membuat simpanan softcopy (scanned copy) hasil lukisan poster pelajar.
2. Setiap poster (hardcopy) yang dihantar hendaklah lengkap mempunyai nama penuh pelajar, nombor kad pengenalan dan nama sekolah di poster masing-masing. Salinan kad pengenalan pelajar hendaklah dikepilkan di belakang poster setiap pelajar.
SEMASA MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY) KEPADA URUSETIA:
1. Pihak sekolah boleh membuat serahan tangan di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) atau mengepos hasil lukisan (hardcopy) beralamat di:
URUS SETIA EE CHALLENGE 2024
Unit Kecekapan & Pemuliharaan Tenaga
Jabatan Operasi Industri
Tingkat 5, Suruhanjaya Tenaga,
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
62100, Putrajaya.
2. Sekiranya pihak sekolah membuat serahan tangan di ibu pejabat ST, pihak sekolah perlu mendapatkan cop terima di kaunter khidmat pelanggan ST sebagai bukti penghantaran dan hendaklah disimpan sebagai lampiran untuk dimuat naik di dalam borang penghantaran atas talian; atau
3. Sekiranya pihak sekolah membuat pengeposan kepada Urus Setia EE CHALLENGE, pihak sekolah perlu menyimpan slip penghantaran pos (tracking postage slip) sebagai bukti penghantaran poster (hardcopy).
4. Pihak sekolah digalakkan untuk menggunakan tracking postage bagi memudahkan penghantaran poster dijejaki.
SELEPAS MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY):
1. Pihak sekolah WAJIB melengkapkan maklumat sekolah dan maklumat pelajar melalui borang penghantaran secara atas talian untuk tujuan pengahasilan sijil pelajar.
2. Sila klik https://tinyurl.com/PosterDrawing2024 untuk mengisi borang penghantaran atas talian berkenaan maklumat sekolah dan pelajar.
#STORY-TELLING-CHALLENGE
Pautan: https://tinyurl.com/storyeec2024
Tarikh tutup borang atas talian: 12 September 2024
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik pautan Google Form. https://tinyurl.com/storyeec2024
2. Sila lengkapkan maklumat sekolah dan peserta di dalam Google Form ini. Video story telling di muat naik bersekali di dalam Google Form ini.
3. Pastikan pihak sekolah sudah menyimpan (save) dokumen fail seperti salinan kad pengenalan peserta, lirik bercerita/bersajak/berpidato atau syarahan untuk semua peserta, video hasil pertandingan #STORY-TELLING-CHALLENGE dan penyata bank sekolah. Dokumen ini perlu dimuat naik di dalam Google Form https://tinyurl.com/storyeec2024.
4. Ulang langkah di atas untuk pengisian maklumat peserta lain sekiranya sekolah mempunyai penyertaan lebih dari 1.
SEKOLAH PALING EE
Pautan: https://tinyurl.com/SekEE2024
Tarikh tutup borang atas talian: 11 Oktober 2024
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN
SEBELUM MENGHANTAR LAPORAN
1. Pihak sekolah hendaklah membuat simpanan softcopy laporan kecekapan tenaga.
2. Setiap laporan kecekapan tenaga (hardcopy) yang dihantar hendaklah lengkap mempunyai nama sekolah, nama pelajar, nombor kad pengenalan dan nama sekolah di laporan kecekapan tenaga sekolah masing-masing. Salinan kad pengenalan setiap ahli kumpulan hendaklah dikepilkan di belakang laporan kecekapan tenaga.
SEMASA MEMBUAT PENGHANTARAN LAPORAN KECEKAPAN TENAGA (HARDCOPY) KEPADA URUSETIA:
1. Pihak sekolah boleh membuat serahan tangan di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) atau mengepos laporan kecekapan tenaga(hardcopy) beralamat di:
URUS SETIA EE CHALLENGE 2024
Unit Kecekapan & Pemuliharaan Tenaga
Jabatan Operasi Industri
Tingkat 5, Suruhanjaya Tenaga,
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
62100, Putrajaya.
2. Sekiranya pihak sekolah membuat serahan tangan di ibu pejabat ST, pihak sekolah perlu mendapatkan cop terima di kaunter khidmat pelanggan ST sebagai bukti penghantaran dan hendaklah disimpan sebagai lampiran untuk dimuat naik di dalam borang penghantaran atas talian; atau
3. Sekiranya pihak sekolah membuat pengeposan kepada Urus Setia EE CHALLENGE, pihak sekolah perlu menyimpan slip penghantaran pos (tracking postage slip) sebagai bukti penghantaran poster (hardcopy).
4. Pihak sekolah digalakkan untuk menggunakan tracking postage bagi memudahkan penghantaran laporan kecekapan tenaga yang dihantar untuk dijejaki.
SELEPAS MEMBUAT PENGHANTARAN LAPORAN (HARDCOPY):
1. Pihak sekolah perlu melengkapkan maklumat sekolah dan maklumat pelajar melalui borang penghantaran secara atas talian untuk tujuan penghasilan sijil pelajar.
2. Sila klik https://tinyurl.com/ExcelMaklumatPelajar untuk mengisi borang penghantaran atas talian berkenaan maklumat sekolah dan pelajar. Muat naik semula di google form https://tinyurl.com/SekEE2024.
VIDEO EE PALING KREATIF
Pautan: https://tinyurl.com/videoEEC2024
Tarikh tutup borang atas talian: 12 September 2024
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik link Google Form. https://tinyurl.com/videoEEC2024
2. Sila lengkapkan maklumat sekolah dan peserta di dalam Google Form ini. Video EE Paling Kreatif dimuat naik bersekali di dalam Google Form ini.
3. Satu sekolah hanya boleh menghantar satu video sahaja. Untuk menambah peserta, pergi ke Section Tambah Peserta. Bilangan ahli kumpulan maksimum 5 orang termasuk guru.
4. Pastikan tuan/puan sudah menyimpan(save) dokumen fail seperti salinan kad pengenalan peserta, lencana sekolah, video hasil pertandingan Video EE Paling Kreatif dan penyata bank sekolah. Dokumen ini perlu dimuat naik di dalam Google Form ini.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila hubungi Urus Setia EE Challenge 2024 di 03-8870 8575.