Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Semenanjung Malaysia (Suku tahun kedua 2012)

 

1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh TNB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

01

{tip info::Secara keseluruhannya, 74% daripada jumlah tenaga elektrik (nett) yang dijana di Semenanjung Malaysia adalah daripada IPP. Faktor ini disebabkan kebanyakan stesen janakuasa milik IPP terdiri daripada Lesen Penjanaan Kitar Padu dan Loji Penjanaan Arang Batu yang mana merupakan base load bagi penjanaan di Malaysia. Kedua-dua loji penjanaan ini menjana 93% daripada jumlah penjanaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia}01-b
{/tip}

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

02

{tip info::Bagi suku tahun kedua, loji penjanaan milik TNB dan IPP dapat mengekalkan tahap kecekapan thermal yang baik seperti di suku tahun pertama. Loji Penjanaan Kitar Padu mempunyai kecekapan thermal tertinggi memandangkan sistem operasi yang lebih cekap.}02-b
{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

03
{tip info::Secara purata, EAF bagi Q2 adalah 86.52% dimana terdapat sedikit kemerosotan berbanding Q1. Terdapat pertambahan dalam tempoh henti tugas terancang dan henti tugas tidak terancang direkodkan dalam Q2 yang mana memberi kesan secara lansung terhadap EAF. }03-b{/tip}

4. Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

04
{tip info::Terdapat peningkatan EPOF sebanyak 1.81% pada Q2 jika dibandingkan dengan Q1. compared to the 1st quarter. Beberapa siri aktiviti Major Overhaul telah direkodkan di Stesen Janakuasa TNB Pasir Gudang (Loji Penjanaan Konvensional), Stesen Janakuasa Counought Bridge, Stesen Janakuasa Kuala Langat, Stesen Janakuasa Pahlawan (Loji Penjanaan Kitar Padu) dan Stesen Janakuasa Cameron Highland (Loji Penjanaan Hidro).}04-b{/tip}

5. Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

05
{tip info::Merujuk kepada sasaran PPA bagi EUOF, kebanyakan loji janakuasa merekodkan EUOF di bawah sasaran PPA. Henti tugas tidak terancang pada masa yang lama telah berlaku di Loji Penjanaan Kitar Padu milik TNB yang mana sebahagian besar disebabkan oleh masalah high vibration dan water ingress. Masalah tube leak merupakan masalah utama yang sering dihadapi oleh Loji Penjanaan Arang Batu dimana menyumbang kepada bacaan EUOF yang tinggi. Kejadian kebocoran pada turbin serta generator transformer yang dihadapi oleh Loji Penjanaan Hidro pada Q2 menyumbang kepada peningkatan EUOF pada Q2.}05-b{/tip}