Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Menggunakan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy-RE) Bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2012

 
1. Loji Janakuasa RE (Renewable Energy) Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Kedua (Q2) 2012
 
{tip info::Berdasarkan rekod Suruhanjaya, didapati bahawa jumlah keseluruhan lesen awam penjanaan menggunakan bahan api daripada tenaga boleh baharu adalah berjumlah 20 lesen. Daripada jumlah ini hanya 3 loji sahaja lagi yang masih belum mula tugas iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan lesen. Kelewatan loji janakuasa tersebut untuk mula tugas adalah disebabkan masalah kewangan dan juga masalah di tapak pembinaan. Keadaan cuaca yang tidak baik memberikan impak yang besar ke atas pembinaan empangan atau takungan di loji janakuasa mini hidro. 1 loji janakuasa biogas masih dalam pembinaan dan projek tersebut baru mendapat lesen pada tahun 2011.}1-RE-Q2-2012
{/tip}

2. Jumlah Tenaga Elektrik Dijana bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

2-1-RE-Q2-2012

{tip info::Penjanaan elektrik menggunakan RE di Sabah adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Di Sabah, penjanaan menggunakan bahan api Biomas merupakan paling tinggi berbanding sumber RE yang lain. Malah penjanaan daripada tiga loji janakuasa ini merupakan penyumbang utama bekalan elektrik ke grid Sabah. Di Semenanjung penjanaan daripada Solar PV lebih banyak dijana untuk kegunaan sendiri berbanding penjualan ke grid. Ini adalah kerana konsep net metering yang digunakan yang mana penjanaan elektrik yang dijana melalui sistem Solar PV akan hanya disuap ke grid sekiranya bekalan tersebut tidak diperlukan pada tapak tersebut pada masa itu.}2-2-RE-Q2-2012
{/tip}

3. Jumlah Penggunaan Bahan Api - Biomas Bagi Penjanaan Tenaga Elektrik

3-1-RE-Q2-2012
{tip info::Prestasi loji janakuasa 3 & 4 telah kembali meningkat setelah menghadapi masalah teknikal pada Q1. Peningkatan dalam penggunaan bahan api sebanyak 90% oleh Loji Biomas-3 yang sebelum ini tidak beroperasi pada Q1. Loji Biomas-3,4 & 6 merupakan loji janakuasa RE utama di Sabah yang turut menyumbang bekalan elektrik ke Grid Sabah. Berdasarkan maklumat MPOB, Sabah mempunyai keluasan tanaman minyak sawit terbesar di Malaysia, 1.43 juta hektar iaitu 28.6% daripada jumlah keluasan negeri tersebut. Dengan kemudahan bekalan bahan api biomas menjadikan ianya sebagai bahan api utama dalam penjanaan elektrik di Sabah.}3-2-RE-Q2-2012
{/tip}

4. Jumlah Lesen Provisional Yang Telah Dikeluarkan Oleh Suruhanjaya Bagi Suku Tahun Kedua (Q2) 2012

4-1-RE-Q2-2012
{tip info::Dengan pengenalan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan Tarif Galakan (Feed-in Tariff) pada April 2011, Suruhanjaya telah memberikan komitmen dengan turut sama-sama menyokong perlaksanaannya dengan memperkenalkan Provisional Licence. Lesen ini dikeluarkan untuk membantu pemegang Kelulusan Tarif Galakan atau dikenali sebagai Feed-In Approval Holder (FIAH) mendapatkan pembiayaan projek daripada institusi kewangan. Lesen ini dikeluarkan hanya untuk tempoh sementara sebelum mulatugas loji dan perlu diganti dengan lesen awam apabila loji mula beroperasi. Berdasarkan rekod Suruhanjaya, pada suku tahun kedua 2012, sejumlah 29 Provisional Licence telah dikeluarkan kepada yang layak. Daripada jumlah tersebut, dijangkakan 14 pemegang lesen akan mula tugas pada tahun ini iaitu sebanyak 22.7 MW.}4-2-RE-Q2-2012
{/tip}