Data Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Di Semenanjung Malaysia (Suku tahun keempat) 2012

1. Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana oleh TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip Info::77% daripada Jumlah Tenaga Elektrik (nett) yang dijana di Semenanjung Malaysia disumbangkan oleh IPP manakala baki 23% disumbangkan oleh TNB. Terdapat penurunan penjanaan elektrik sekitar 1.2% jika dibandingkan dengan Q3. Musim hujan yang berpanjangan serta musim cuti persekolahan pada Q4 antara faktor yang menyumbangkan kepada pengurangan permintaan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.}01{/tip}

2. Kecekapan Thermal bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Data Q4 bagi Kecekapan Termal loji-loji penjanaan di Semenanjung Malaysia menunjukkan prestasi yang agak konsisten sepanjang Q4 dimana tiada banyak perbezaan berbanding Q3. Tiada perbezaan ketara diantara prestasi TNB dan IPP kecuali bagi Loji Penjanaan Konvensional. Loji Penjanaan Konvensional milik IPP lebih kerap beroperasi jika dibandingkan dengan Loji Penjanaan Konvensional milik TNB. Faktor ini menyumbang kepada Kecekapan Termal yang lebih baik kepada Loji Penjanaan Konvensional milik IPP.}02{/tip}

3. Purata Faktor Kesediaan Setara Loji (EAF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Terdapat penurunan sebanyak 5.55% bagi EAF untuk Q4 jika berbanding data pada Q3. Penurunan ini adalah disebabkan oleh pertambahan aktiviti henti tugas bagi tujuan penyenggaraan. Penurunan EAF yang ketara bagi loji penjanaan konvensional milik IPP adalah berikutan terdapat henti tugas terancang yang dilaksanakan.}03{/tip}

4Purata Faktor Henti Tugas Terancang (EPOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Purata EPOF yang agak tinggi iaitu sebanyak 11.24% menunjukkan kadar aktiviti penyenggaraan yang kerap dilaksanakan oleh loji-loji penjanaan.Sepanjang Q4, terdapat aktiviti Major Overhaul, Minor Overhaul serta Major Inspection telah dilaksanakan oleh beberapa loji penjanaan kitar padu, loji penjanaan arang batu dan loji penjanaan konvensional yang menggunakan minyak/gas}04{/tip}

5.  Purata Faktor Henti Tugas Tidak Terancang (EUOF) bagi Loji-Loji Penjanaan TNB & IPP bagi Suku Tahun Keempat (Q4) 2012

{tip info::Berbanding pada Q3, terdapat peningkatan EUOF yang ketara pada loji penjanaan kitar terbuka berikutan terdapat masalah bearing high vibration serta perlanjutan masa Major Inspection yang gagal disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Loji-loji janakuasa yang lain berada pada tahap EUOF yang memuaskan.}05{/tip}