Prestasi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Menggunakan Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy - RE) Bagi Suku Tahun Ketiga 2013

1. Loji Janakuasa RE Utama Yang Telah Dilesenkan Sehingga Suku Tahun Ketiga (Q3) 2013

{tip Info::Terdapat pertambahan hanya 5 lesen awam bagi penjanaan menggunakan tenaga boleh baharu pada suku tahun ketiga 2013. Daripada jumlah tersebut, dua lesen diberi kepada En Tan Cheng Siang dan Jishan Pack Sdn. Bhd. dengan jumlah kapasiti lesen 38.425 MW bagi aktiviti penjanaan menggunakan Solar Fotovolta. Selebihnya merupakan penjanaan menggunakan sumber Biomas dengan jumlah kapasiti lesen 38.425 MW. Kesemua lesen ini merupakan pemegang sijil tarif galakan dan sebahagian daripadanya akan mulatugas pada tahun 2013.}01{/tip}

2. Jumlah Tenaga Elektrik Dijana pada Suku Tahun Ketiga (Q3) 2013

{tip Info::Berdasarkan rekod, penjanaan menggunakan tenaga boleh baharu didapati menurun pada suku tahun ketiga bukan saja pada tahun 2013 malah arah alirannya (trendingnya) sama seperti tahun 2012. Ini berikutan faktor cuaca pada bulan Julai – September yang mempengaruhi sifat dan struktur sumber tenaga boleh baharu.
Akibat daripada keadaan cuaca tersebut, penjanaan menggunakan bahan api Biomas di Sabah telah mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.3% berbanding suku tahun kedua. Di Semenanjung pula penjanaan daripada loji janakuasa mini hidro pengalami penurunan sebanyak 2% berbanding suku tahun kedua.}02{/tip}

3. Jumlah Penjanaan Tenaga Elektrik oleh Loji Janakuasa Menggunakan Biomas

{tip Info::Hanya 3 loji janakuasa berasaskan biomas yang beroperasi sepanjang suku tahun ketiga 2013.  Penjanaan elektrik daripada ketiga-tiga loji tersebut adalah konsisten dan masing-masing menyumbang bekalan elektrik kepada grid Sabah dengan jumlah penjanaan sebanyak 60,436 MWj.
Loji janakuasa-4,5 dan 6 yang terletak di Semenanjung tidak beroperasi suku tahun sepanjang tahun 2013. Ini berikutan masalah kewangan dan teknikal yang dihadapi. Suruhanjaya sedang membuat pemantauan dan semakan ke atas ketiga-tiga loji ini dan sekiranya melanggar syarat lesen, lesen akan dibatalkan.}03{/tip}