SARFI 2014
Penjelasan Peta SARFI
1. Definisi SARFIx
System Average RMS Frequency Index (SARFIx) adalah indeks bagi kejadian kualiti kuasa yang digunakan untuk mengukur prestasi kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang berlaku dalam sistem bekalan elektrik TNB. Ia merupakan purata kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang direkodkan oleh setiap alat perakam yang dipasang pada sistem bekalan elektrik TNB. ‘x’ adalah tahap-tahap bagi SARFI yang dilihat dalam nilai peratus ‘voltage sag/voltage dip’ berbanding nilai nominal (100%).
Lebih tinggi nilai SARFI, lebih banyak kejadian ‘voltage sag/voltage dip’ yang berlaku dalam sistem bekalan elektrik.
2. Contoh Pengiraan
Nilai SARFI diperolehi dengan menggunakan formula berikut (contoh bagi SARFI90 dan SARFI80 sahaja) :
2.1 SARFI90 (TNB)
Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 90% dalam TNB
Bilangan alat perakam bagi seluruh TNB
2.2 SARFI90 (setiap negeri)
Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 90% dalam negeri
Bilangan alat perakam bagi negeri tersebut
Nota: Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip bawah 90% adalah termasuk semua kejadian antara voltan RMS 90% sehingga voltan 0%
2.3 SARFI80 (TNB)
Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 80% dalam TNB
Bilangan alat perakam bagi seluruh TNB
2.4 SARFI80 (setiap negeri)
Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip di bawah paras 80% dalam negeri
Bilangan alat perakam bagi negeri tersebut
Nota: Bilangan kejadian voltage sag/voltage dip bawah 80% adalah termasuk semua kejadian antara voltan RMS 80% sehingga voltan 0%
3. Hasil tambah SARFI setiap negeri tidak akan memberikan nilai SARFI TNB kerana ada kejadian voltage sag/voltage dip yang sama direkod oleh beberapa negeri. Votlage sag/voltage dip ini dikira sebagai 1 kejadian sahaja jika digunakan dalam pengiraan SARFI TNB.
4. Nilai dalam kolum ini adalah nilai kumulatif dari bulan di bahagian atas hingga bulan di bahagian bawah.
5. Nombor dalam peta Malaysia adalah bilangan alat perakam bagi setiap negeri.
Prestasi SARFI Berdasarkan Bulanan Mengikut Negeri (2014)
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 30 November 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 October 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 30 September 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Ogos 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Julai 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 30 Jun 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Mei 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 30 April 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 28 Februari 2014
- Carta SARFIx mengikut Negeri bagi 1 Januari 2014 hingga 31 Januari 2014