VIDEO EE PALING KREATIF

 

APA ITU VIDEO EE PALING KREATIF

  • Pertandingan menghasilkan video yang merangkumi rumusan berkaitan aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga/penjimatan elektrik yang dilaksanakan di sekolah yang berdurasi 3-4 minit.

KATEGORI

  • Pertandingan ini adalah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Kategori ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah menengah
  • Terbuka untuk sekolah di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan

JENIS PENYERTAAN

  • Setiap sekolah hanya terhad kepada SATU penyertaan video sahaja.
  • Penyertaan adalah secara berkumpulan (2-5 orang satu kumpulan) termasuk guru pembimbing mewakili sekolah masing-masing.

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2023/2024.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap sekolah.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Muka hadapan video hendaklah memaparkan sekurang-kurangnya 5 saat dan mempunyai kandungan seperti berikut:

  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad..

KANDUNGAN VIDEO

  • Kandungan video adalah berkisarkan objektif penyertaan Sekolah Paling EE dan aktiviti – aktiviti kecekapan tenaga yang dijalankan di sekolah masing-masing dalam tempoh pertandingan dari bulan Jun sehingga September 2023.
  • Rumusan dan hasil dapatan daripada penyertaan Sekolah Paling EE
  • Gaya penyampaian adalah mengikut kreativiti sekolah

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Berdurasi maksimum 3 – 4 minit sahaja
  • Memasukkan perkataan Energy Efficiency Challenge 2023 dan Suruhanjaya Tenaga

TARIKH TUTUP

  • Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 15 September 2023.

HADIAH

  • Hadiah adalah milik pelajar sekolah menengah yang menyertai Kategori Video EE Paling Kreatif.

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.