Pengenalan

Energy Efficiency Challenge julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara tahunan ST kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah-sekolah. Seiringan dengan itu, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah membuat keputusan untuk meneruskan penganjuran pertandingan Energy Efficiency Challenge bagi tahun 2023.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk:

  • Membudayakan kehidupan cekap tenaga (energy efficient) di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya.
  • Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan para pelajar dan warga sekolah.
  • Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga ini akan mula dihebahkan pada bulan Mei 2023 dan terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengikut jenis kategori pertandingan.

Mengikut format pertandingan, terdapat empat (4) jenis kategori yang akan dipertandingan iaitu dua (2) kategori bagi Sekolah Rendah dan dua (2) kategori bagi Sekolah Menengah seperti berikut:

Pemenang bagi setiap kategori akan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah di sekitar Putrajaya atau Kuala Lumpur dan tarikh majlis akan diumumkan selepas sesi pengahakiman selesai.

Sila tekan tab disebelah kiri untuk maklumat lanjut bagi setiap pertandingan.

*Nota: Maklumat terkini dan terma dan syarat pertandingan akan dikemas kini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Oleh itu, sebarang percanggahan akan dirujuk mengikut maklumat terkini di laman web ini.