PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN

#POSTER-DRAWING-CHALLENGE

PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN

Pautan: https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-Poster

Tarikh tutup borang atas talian: 15 September 2023

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

SEBELUM MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY):

  1. Pihak sekolah hendaklah membuat simpanan softcopy (scanned copy) hasil lukisan poster pelajar.
  2. Setiap poster (hardcopy) yang dihantar hendaklah lengkap mempunyai nama pelajar, nombor kad pengenalan dan nama sekolah di poster masing-masing. Salinan kad pengenalan pelajar hendaklah dikepilkan di belakang poster setiap pelajar.

SEMASA MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY) KEPADA URUSETIA:

  1. Pihak sekolah boleh membuat serahan tangan di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) atau mengepos hasil lukisan (hardcopy) beralamat di:

                       URUS SETIA EE CHALLENGE 2023
                       Unit Kecekapan & Pemuliharaan Tenaga
                       Jabatan Operasi Industri
                       Tingkat 5, Suruhanjaya Tenaga,
                       No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
                       62100, Putrajaya.

  1. Sekiranya pihak sekolah membuat serahan tangan di ibu pejabat ST, pihak sekolah perlu mendapatkan cop terima di kaunter khidmat pelanggan ST sebagai bukti penghantaran dan hendaklah disimpan sebagai lampiran untuk dimuat naik di dalam borang penghantaran atas talian; atau
  2. Sekiranya pihak sekolah membuat pengeposan kepada Urus Setia EE CHALLENGE, pihak sekolah perlu menyimpan slip penghantaran pos (tracking postage slip) sebagai bukti penghantaran poster (hardcopy).
  3. Pihak sekolah digalakkan untuk menggunakan tracking postage bagi memudahkan penghantaran poster dijejaki.

SELEPAS MEMBUAT PENGHANTARAN POSTER (HARDCOPY):

  1. Pihak sekolah perlu melengkapkan maklumat sekolah dan maklumat pelajar melalui borang penghantaran secara atas talian untuk tujuan pengahasilan sijil pelajar.
  2. Sila klik https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-Poster untuk mengisi borang penghantaran atas talian berkenaan maklumat sekolah dan pelajar.

 

#STORY-TELLING-CHALLENGE
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN

Pautan: https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-StoryTelling

Tarikh tutup borang atas talian: 15 September 2023

Sila ikuti Langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pautan Google Form. 
  2. Sila lengkapkan maklumat sekolah dan peserta di dalam Google Form ini. Video story telling di muat naik bersekali di dalam Google Form ini.
  3. Jumlah peserta dan video yang boleh dimuat naik sebanyak 8 orang untuk sekali penghantaran Google Form. Untuk menambah peserta, pergi ke Section Tambah Peserta.
  4. Sekiranya sekolah mempunyai lebih daripada 8 penyertaan, pihak sekolah boleh mengisi sekali lagi untuk peserta seterusnya dengan syarat peserta adalah berlainan daripada yang telah diisi pada penghantaran kali pertama.
  5. Pastikan pihak sekolah sudah menyimpan (save) dokumen fail seperti salinan kad pengenalan peserta, lirik bercerita/bersajak/berpidato atau syarahan untuk semua peserta, video hasil pertandingan #STORY-TELLING-CHALLENGE dan penyata bank sekolah. Dokumen ini perlu dimuat naik di dalam Google Form ini.

 

SEKOLAH PALING EE
Template laporan kecekapan tenaga telah diemelkan kepada sekolah yang mendaftar pada 21 Julai 2023.

 

PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN

Pautan: https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-SekPalingEE

Tarikh tutup borang atas talian: 15 Oktober 2023

SEBELUM MENGHANTAR LAPORAN

  1. Pihak sekolah hendaklah membuat simpanan softcopy laporan kecekapan tenaga.
  2. Setiap laporan kecekapan tenaga (hardcopy) yang dihantar hendaklah lengkap mempunyai nama sekolah, nama pelajar, nombor kad pengenalan dan nama sekolah di laporan kecekapan tenaga sekolah masing-masing. Salinan kad pengenalan setiap ahli kumpulan hendaklah dikepilkan di belakang laporan kecekapan tenaga.

SEMASA MEMBUAT PENGHANTARAN LAPORAN KECEKAPAN TENAGA (HARDCOPY) KEPADA URUSETIA:

  1. Pihak sekolah boleh membuat serahan tangan di ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) atau mengepos laporan kecekapan tenaga(hardcopy) beralamat di:

                        URUS SETIA EE CHALLENGE 2023
                        Unit Kecekapan & Pemuliharaan Tenaga
                        Jabatan Operasi Industri
                        Tingkat 5, Suruhanjaya Tenaga,
                        No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2,
                        62100, Putrajaya.

  1. Sekiranya pihak sekolah membuat serahan tangan di ibu pejabat ST, pihak sekolah perlu mendapatkan cop terima di kaunter khidmat pelanggan ST sebagai bukti penghantaran dan hendaklah disimpan sebagai lampiran untuk dimuat naik di dalam borang penghantaran atas talian; atau
  2. Sekiranya pihak sekolah membuat pengeposan kepada Urus Setia EE CHALLENGE, pihak sekolah perlu menyimpan slip penghantaran pos (tracking postage slip) sebagai bukti penghantaran poster (hardcopy).
  3. Pihak sekolah digalakkan untuk menggunakan tracking postage bagi memudahkan penghantaran laporan kecekapan tenaga yang dihantar untuk dijejaki.

SELEPAS MEMBUAT PENGHANTARAN LAPORAN (HARDCOPY):

  1. Pihak sekolah perlu melengkapkan maklumat sekolah dan maklumat pelajar melalui borang penghantaran secara atas talian untuk tujuan penghasilan sijil pelajar.
  2. Sila klik https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-SekPalingEE untuk mengisi borang penghantaran atas talian berkenaan maklumat sekolah dan pelajar.

 

VIDEO EE PALING KREATIF
PANDUAN UNTUK MENGISI BORANG PENGHANTARAN ATAS TALIAN

Pautan: https://tinyurl.com/BorangAtasTalian-VideoKreatif

Tarikh tutup borang atas talian: 15 September 2023

Ikuti langkah di bawah sehingga lengkap:

  1. Klik link Google Form. 
  2. Sila lengkapkan maklumat sekolah dan peserta di dalam Google Form ini. Video EE Paling Kreatif dimuat naik bersekali di dalam Google Form ini.
  3. Satu sekolah hanya boleh menghantar satu video sahaja. Untuk menambah peserta, pergi ke Section Tambah Peserta. Bilangan ahli kumpulan maksimum 5 orang termasuk guru.
  4. Pastikan tuan/puan sudah menyimpan(save) dokumen fail seperti salinan kad pengenalan peserta, lencana sekolah, video hasil pertandingan Video EE Paling Kreatif dan penyata bank sekolah. Dokumen ini perlu dimuat naik di dalam Google Form ini.