#articlechallenge
- Pertandingan menulis berkaitan artikel/ pendapat/ kertas kajian berkaitan kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas
Kategori | Bahasa | Kelayakan |
Pertama | Malaysia | Warganegara Malaysia berumur 13 – 19 tahun |
Kedua | Malaysia | Warganegara Malaysia berumur 20 – 26 tahun |
Ketiga | Inggeris | Warganegara Malaysia berumur 13 – 19 tahun |
Keempat | Inggeris | Warganegara Malaysia berumur 20 – 26 tahun |
Tema | Kategori Pertama dan Ketiga bagi umur 13 – 19 tahun |
Kategori Kedua dan Keempat bagi umur 20 – 26 tahun |
Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya. |
|
|
Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan orang awam. |
|
|
Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar. |
|
|
Mempromosikan Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia elektrik dan bekalan gas berpaip |
|
|
Bebas |
|
|
- Penyertaan adalah untuk individu dan terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja
- Warganegara Malaysia dan berumur mengikut lingkungan atau sama seperti dalam kategori yang dipertandingan.
- Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan bagi peserta dibawah 18 tahun
- Perlu menghantar salinan kad pengenalan / sijil lahir semasa pendaftaran (sila palang dengan tanda “UNTUK PERTANDINGAN EEC 2021 SAHAJA”)
- Setiap individu hanya terhad kepada satu penyertaan sahaja.
- Nama dan nombor kad pengenalan peserta haruslah ditulis di bahagian atas kanan artikel
- Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
- Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta
- Bagi artikel kategori 20 – 26 tahun, rujukan haruslah disertakan dibahagian bawah untuk Suruhanjaya Tenaga melakukan semakan
- Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
- Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.
- Format artikel adalah di dalam bentuk PDF sahaja.
- Menyertakan fail raw format Ms Word (.docx) sahaja.
- Bagi kategori 13 – 19 tahun, artikel tidak melebihi 1,000 patah perkataan dan menggunakan format jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12 dan Single Spacing
- Bagi kategori 20 – 26 tahun artikel tidak melebihi 2,000 patah perkataan dan menggunakan format jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12 dan Single Spacing
- Menghantar hasil pertandingan dengan cara mengisi borang di atas talian
- Tarikh tutup penghantaran hasil pertandingan adalah pada 7 Mei 2021 sebelum jam 5.00 petang
Artikel yang diterima akan diadili oleh juri-juri dengan pecahan berikut:


Pemenang bagi setiap kategori akan menerima:
Tempat | Hadiah |
Pertama | Mobile tablet, wang tunai dan sijil |
Kedua | Mobile tablet, wang tunai dan sijil |
Saguhati | Wang tunai/ cenderahati untuk 25 peserta |
- Pendaftaran bagi pertandingan boleh dilakukan secara atas talian dengan klik link seperti dibawah:
Link Pendaftaran <https://forms.gle/fy8fyJ6RxNM2zxpn8>
Taklimat akan diadakan sebanyak 4 kali dan peserta boleh memilih untuk mendengar taklimat pertandingan mengikut jadual dibawah:
Tarikh Taklimat | Masa | Link Live Event Microsoft Teams |
05 Mac 2021 | 9.00 pagi – 10.00 pagi | Klik disini |
19 Mac 2021 | 3.30 petang – 4.30 petang | Klik disini |
02 April 2021 | 9.00 pagi – 10.00 pagi | Klik disini |
16 April 2021 | 3.30 petang – 4.30 petang | Klik disini |
- Sekiranya peserta terdapat persoalan dan bantuan nasihat, Urus Setia pertandingan boleh dihubungi melalui cara seperti dibawah
Emel: eechallenge@st.gov.my
Whatsapp: Klik disini
Telegram: Klik disini
Telefon: 603 – 8870 8762
Temujanji Atas Talian Menggunakan Video Call Microsoft Teams: Klik disini