PENGENALAN
Pertandingan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2025 ini akan mula dihebahkan pada bulan April 2025. Pertandingan ini adalah terbuka untuk penyertaan mengikut peringkat umur yang terdiri daripada penglibatan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah mengikut kategori pertandingan. Penyertaan pertandingan ini adalah dibuka untuk seluruh Malaysia.
Penganjuran pertandingan EE Challenge 2025 terdiri daripada empat (4) jenis kategori yang akan dipertandingan iaitu dua (2) kategori bagi penyertaan terbuka mengikut peringkat umur yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan dua (2) kategori bagi Sekolah Menengah yang melibatkan penyertaan melalui sekolah seperti berikut:
Pemenang bagi setiap kategori akan dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan di sekitar WP Putrajaya atau WP Kuala Lumpur. Tarikh majlis akan diumumkan selepas sesi penilaian dan pemarkahan hasil pertandingan selesai.
Sila tekan tab di sebelah kiri untuk maklumat lanjut bagi setiap pertandingan.
*Nota: Maklumat terkini dan terma dan syarat pertandingan akan dikemas kini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Oleh itu, sebarang percanggahan akan dirujuk mengikut maklumat terkini di laman web ini.