EE Challenge

 

Energy Efficiency Challenge julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara tahunan ST kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah-sekolah. 

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk:

  1. Membudayakan kehidupan cekap tenaga (energy efficient) di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya.
  2. Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan para pelajar dan warga sekolah.
  3. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar.

Pertandingan ini telah bermula pada tahun 2014 di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya, dengan penyertaan daripada tujuh (7) buah sekolah. Suruhanjaya Tenaga telah menyaksikan pertambahan dalam bilangan penyertaan terkumpul yang menggalakkan sepanjang penganjurannya iaitu sebanyak 7,017 penyertaan.