#articlechallenge

  • Pertandingan menulis berkaitan artikel/ pendapat/ kertas kajian berkaitan kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas
Kategori Bahasa Kelayakan
Pertama Malaysia Warganegara Malaysia berumur 13 – 19 tahun
Kedua Malaysia Warganegara Malaysia berumur 20 – 26 tahun
Ketiga Inggeris Warganegara Malaysia berumur 13 – 19 tahun
Keempat Inggeris Warganegara Malaysia berumur 20 – 26 tahun
Tema Kategori Pertama dan Ketiga
bagi umur 13 – 19 tahun
Kategori Kedua dan Keempat bagi umur 20 – 26 tahun
Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga dapat digunakan dengan sebaiknya.
  • Cadangan-cadangan kempen keselamatan elektrik yang boleh dianjurkan di sekolah dan komuniti terdekat.
  • Pengalaman, cara-cara dan cabaran generasi muda dalam menyemai sikap cekap tenaga di dalam keluarga, rakan-rakan terdekat serta di kalangan masyarakat secara menyeluruh.
  • Pentingnya menyemai budaya/sikap cekap tenaga di dalam masyarakat kini bagi generasi masa depan.
  • Bezakan antara penggunaan elektrik 20 tahun lepas berbanding masa kini dan apakah implikasi peralihan teknologi ini terhadap penggunaan tenaga elektrik.
  • Dasar/polisi kerajaan baharu bagi sektor tenaga yang wajar diperkenalkan oleh Malaysia dalam memastikan budaya penggunaan tenaga elektrik dan gas berpaip yang lebih selamat dan cekap tenaga.
  • Kepentingan menyemai budaya selamat dalam sektor tenaga elektrik dan gas berpaip – apakah harapan pengguna serta cara untuk memupuk budaya selamat ini.
  • Harapan saya bagi sektor tenaga elektrik dan gas berpaip di Malaysia pada masa hadapan.
Mendidik dan memupuk budaya kecekapan tenaga di kalangan orang awam.
  • Maksud kecekapan tenaga kepada saya serta kepentinganya.
  • Cara-cara keluarga saya mengamalkan penjimatan dan keselamatan elektrik di rumah dalam musim PKP ini.
  • Maksud, konsep dan elemen Kecekapan Tenaga / The meaning, concept and elements of Energy Efficiency.
  • Pentingnya etika penggunaan kelengkapan elektrik yang selamat dalam mengelak kemalangan elektrik.
  • Cabaran dan impak pandemik COVID-19 terhadap tingkah laku pengguna dalam mengamalkan etika penggunaan elektrik dan gas berpaip yang selamat dan cekap tenaga khususnya dalam era digitalisasi serta norma baharu ini.
Memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan kecekapan tenaga kepada alam sekitar.
  • Innovasi dan teknologi baharu di industri tenaga yang ingin saya lihat Malaysia terokai di masa hadapan.
  • Bagaimanakah kesan penjimatan tenaga kepada alam sekitar, dalam jangka masa yang terdekat dan juga dalam jangka masa panjang?
  • Strategi untuk mencapai Kecekapan Tenaga yang optimum di Malaysia.                                                
Mempromosikan Suruhanjaya Tenaga sebagai badan kawal selia elektrik dan bekalan gas berpaip
  • Pentingnya program-program seperti EE Challenge dan EE Run dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik di peringkat sekolah
  • Sebagai kajian kes, kenalpasti sebuah organisasi yang anda rasakan telah menjalankan aktiviti promosi pemeliharaan alam sekitar yang patut dicontohi.
Bebas
  • Tips menjadi cekap tenaga.
  • Pengalaman dan cabaran dalam menyemai sifat cekap tenaga di kalangan generasi muda.
  • Pengalaman dan cabaran dalam membeli kelengkapan elektrik secara online.
  • Artikel/ hasil kajian berkaitan keselamatan elektrik dan gas berpaip, kecekapan tenaga, pengurusan tenaga dan sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
  • Artikel/hasil kajian mengenai penjualan kelengkapan elektrik secara atas talian (e-Commerce marketplace) yang menjadi tren terkini.
  • Artikel/hasil kajian mengenai undang-undang sedia ada di Malaysia bagi mengawal selia penjualan kelengkapan elektrik di platform online.
  • Penyertaan adalah untuk individu dan terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja
  • Warganegara Malaysia dan berumur mengikut lingkungan atau sama seperti dalam kategori yang dipertandingan.
  • Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan bagi peserta dibawah 18 tahun
  • Perlu menghantar salinan kad pengenalan / sijil lahir semasa pendaftaran (sila palang dengan tanda “UNTUK PERTANDINGAN EEC 2021 SAHAJA”)
  • Setiap individu hanya terhad kepada satu penyertaan sahaja.
  • Nama dan nombor kad pengenalan peserta haruslah ditulis di bahagian atas kanan artikel
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta
  • Bagi artikel kategori 20 – 26 tahun, rujukan haruslah disertakan dibahagian bawah untuk Suruhanjaya Tenaga melakukan semakan
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.
  • Format artikel adalah di dalam bentuk PDF sahaja.
  • Menyertakan fail raw format Ms Word (.docx) sahaja.
  • Bagi kategori 13 – 19 tahun, artikel tidak melebihi 1,000 patah perkataan dan menggunakan format jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12 dan Single Spacing
  • Bagi kategori 20 – 26 tahun artikel tidak melebihi 2,000 patah perkataan dan menggunakan format jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12 dan Single Spacing
  • Menghantar hasil pertandingan dengan cara mengisi borang di atas talian
  • Tarikh tutup penghantaran hasil pertandingan adalah pada 7 Mei 2021 sebelum jam 5.00 petang

Artikel yang diterima akan diadili oleh juri-juri dengan pecahan berikut:

 

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima:

Tempat Hadiah
Pertama Mobile tablet, wang tunai dan sijil
Kedua Mobile tablet, wang tunai dan sijil
Saguhati Wang tunai/ cenderahati untuk 25 peserta

Taklimat akan diadakan sebanyak 4 kali dan peserta boleh memilih untuk mendengar taklimat pertandingan mengikut jadual dibawah:

Tarikh Taklimat Masa Link Live Event Microsoft Teams
05 Mac 2021 9.00 pagi – 10.00 pagi Klik disini
19 Mac 2021 3.30 petang – 4.30 petang Klik disini
02 April 2021 9.00 pagi – 10.00 pagi Klik disini
16 April 2021 3.30 petang – 4.30 petang Klik disini
  • Sekiranya peserta terdapat persoalan dan bantuan nasihat, Urus Setia pertandingan boleh dihubungi melalui cara seperti dibawah

    Emel: eechallenge@st.gov.my
    Whatsapp: Klik disini 
    Telegram: Klik disini 
    Telefon: 603 – 8870 8762
    Temujanji Atas Talian Menggunakan Video Call Microsoft Teams: Klik disini