TATACARA PENDEDAHAN/ PELAPORAN

 

TATACARA MEMBUAT ADUAN/ MAKLUMAT/ PENDEDAHAN (KTW)

Saluran Aduan

Pendedahan boleh dibuat secara –

(a) e-mel ke integriti@st.gov.my;
(b) bersemuka dengan mana-mana Pegawai Integriti/ Pegawai Diberi Kuasa;
(c) surat diposkan kepada:

 

Ketua Unit Integriti
Unit Integriti
No. 12, Jalan Tun Hussein, Precinct 2, 62100, Putrajaya

 
Butiran Pendedahan

Satu Pendedahan harus mengandungi sekurang-kurangnya butiran seperti yang berikut:

(a) Nama, jawatan, nama majikan/tempat bekerja, jawatan, alamat semasa, alamat semasa dan nombor untuk dihubungi;
(b) Alasan munasabah untuk laporan tersebut termasuk sebanyak mungkin maklumat kesalahan, contohnya, jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat berlaku kejadian dan identiti pesalah;
(c) Maklumat-maklumat saksi (jika ada); dan
(d) Maklumat atau dengan menunjukkan bukti dokumen (jika ada).


Pada amnya, semua pendedahan mengikut dasar ini harus dibuat kepada Pegawai Integriti/ Pegawai Diberi Kuasa.

 

PEMBATALAN PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Kakitangan ST atau mana-mana pihak lain akan dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] susulan daripada pendedahan kelakuan tidak wajar yang telah dibuat. Pembatalan perlindungan pemberi maklumat hanya boleh dibuat sekiranya syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Seksyen 11(1) Akta 711 iaitu:

(a) pemberi maklumat sendiri telah bertindak mendedahkan salah laku yang tidak wajar;
(b) pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat maklumat/ aduan/ pendedahan terhadap salah laku suatu pernyataan yang diketahuinya atau percaya ianya adalah palsu atau tidak benar;
(c) maklumat/ aduan/ pendedahan salah laku tidak wajar dianggap remeh atau menyusahkan;
(d) maklumat/ aduan/ pendedahan salah laku terutamanya mempersoalkan penglibatan dasar kerajaan, termasuk dasar sesuatu badan awam;
(e) maklumat/ aduan/ pendedahan yang dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya dengan motif untuk mengelak daripada dibuang kerja atau tindakan tatatertib yang lain; dan
(f) pemberi maklumat, semasa membuat pendedahan itu atau  memberikan maklumat lanjut, turut melakukan kesalahan di bawah Akta 711 atau undang-undang di bawah kawal selia Suruhanjaya Tenaga.

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan terhadap dasar ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
No. 12, Jalan Tun Hussein, Precinct 2, 62100, Putrajaya.
(u.p: Ketua Unit Integriti)

Emel: integriti@st.gov.my