DASAR PERLINDUNGAN

DASAR PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT SURUHANJAYA TENAGA

 

PERNYATAAN DASAR

ST berusaha melaksanakan segala fungsi dan tugas yang diberikan dengan penuh integriti, cekap, tulus, saksama, bertanggung jawab dan profesional untuk mencapai visi dan aspirasi untuk menjadi badan kawal selia industri pembekalan elektrik dan gas berpaip bertaraf dunia. Dasar perlindungan kepada pemberi maklumat boleh bertindak sebagai sebuah sistem pemberitahuan maklumat yang dapat menyumbang kepada mencapai maksud tersebut. Sistem ini berkemampuan untuk memantau tahap integriti dan tadbir urus ST ke tahap yang tinggi dan terbaik dalam menjalankan fungsi dan tugas ST supaya pencapaian visi dan aspirasi tersebut dapat menjadi kenyataan.

PEMAKAIAN

Dasar ini tertakluk kepada bidang kuasa tempatan yang berkuatkuasa dan terpakai kepada semua kakitangan ST, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan yang berurusan dengan ST. Mana-mana pemberi maklumat yang membuat laporan secara jujur akan dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkannya (contohnya turun pangkat, penggantungan, gangguan atau lain-lain bentuk tindakan) berpunca daripada melaporkan KTW.

Apa Yang Boleh Didedahkan

  1. menawar/meminta/memberi/ menerima apa-apa rasuah;
  2. percanggahan kepentingan;
  3. salah guna kuasa;
  4. penyelewengan;
  5. pemalsuan dokumen;
  6. penipuan;
  7. penyalahgunaan aset ST bagi tujuan peribadi;
  8. ketidakpatuhan kepada tatacara/SOP;
  9. pelanggaran Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000[Akta 605];
  10. tidak patuh waktu kerja;
  11. membuat tuntutan palsu;
  12. cuti tanpa kebenaran;
  13. tidak jujur/tidak amanah/ tidak bertanggungjawab;
  14. lain-lain kesalahan jenayah atau berkenaan salah tadbir urus korporat, menyalahi undang-undang, atau apa-apa kesalahan lain yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu di dalam ST.

Dasar ini tidak menggantikan apa-apa dasar atau tatacara ST sedia ada yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia, ST.