#VIDEO-MAKING-CHALLENGE

Klik disini

 

APA ITU #VIDEO-MAKING-CHALLENGE

  • Pertandingan persembahan video berkaitan kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berdurasi 3 – 4 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

KATEGORI

  • Hanya terdapat 1 kategori untuk pelajar sekolah menengah sahaja.

JENIS PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah secara berkumpulan (2-5 orang pelajar satu kumpulan dan 1 guru) melalui sekolah dan dihantar secara berkelompok kepada Urus Setia.
  • Satu sekolah dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu video.

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  • Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2022/2023.
  • Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  • Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  • Muka hadapan video hendaklah memaparkan sekurang-kurangnya 5 saat dan mempunyai kandungan seperti berikut:

  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

TEMA

  • Tema untuk kategori video adalah seperti berikut:
    • Peralatan Cekap Tenaga Lebih Berbaloi Berbanding Peralatan Tidak Cekap Tenaga
    • Hasil Keselamatan dan Kecekapan Tenaga di Rumah
    • Hasil Keselamatan dan Kecekapan Tenaga di Sekolah

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Berdurasi maksimum 4 minit sahaja

TARIKH TUTUP

  • Sekolah hendaklah mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 23 September 2022.

HADIAH

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.