#PROMOTIONAL-ADVERTISEMENT-CHALLENGE

Klik disini

 

APA ITU #PROMOTIONAL-ADVERTISEMENT-CHALLENGE

  • Pertandingan mereka bentuk iklan pendek berkaitan kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berdurasi maksimum 2 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

KATEGORI

  • Hanya terdapat 1 kategori untuk pelajar kolej/ kolej universiti/ universiti/ orangawam yang berumur 20 tahun ke atas sahaja.

JENIS PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah secara berkumpulan (2-5 orang satu kumpulan) dan permohonan tidak perlu melalui kolej/ kolej universiti/ universiti.

SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
  • Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.

Muka hadapan iklan hendaklah memaparkan sekurang-kurangnya 5 saat dan mempunyai kandungan seperti berikut:

  • Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  • Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  • Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad..

TEMA

  • Pengenalan Suruhanjaya Tenaga
  • Cara membuat aduan kepada Suruhanjaya Tenaga
  • Kaitan Suruhanjaya Tenaga dan stiker SIRIM-ST
  • Kaitan Suruhanjaya Tenaga dan Label Cekap Tenaga
  • Cara membaca label cekap tenaga

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  • Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  • Berdurasi maksimum 2 minit sahaja

TARIKH TUTUP

  • Sekolah hendaklah mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 23 September 2022.

HADIAH

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.