#STORY-TELLING-CHALLENGE

APA ITU #STORY-TELLING-CHALLENGE

Pertandingan bercerita/bersajak/berpidato atau syarahan berdurasi 3-4 minit berkaitan kecekapan tenaga, keselamatan elektrik/ gas dan aktiviti berkaitan Suruhanjaya Tenaga.

 

KATEGORI

Hanya terdapat 1 kategori untuk pelajar sekolah rendah Tahap 2 (Darjah 4 hingga Darjah 6) sahaja.

 

JENIS PENYERTAAN

Penyertaan adalah secara individu melalui sekolah dan dihantar secara berkelompok kepada Urus Setia.

 

SYARAT PENYERTAAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka untuk sekolah rendah di seluruh Malaysia.
  3. Bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  4. Peserta adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2024/2025.
  5. Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi bagi pihak peserta.
  6. Mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  7. Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran hasil pertandingan sahaja bagi setiap peserta.
  8. Peserta hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  9. Sekiranya peserta pernah menyertai pertandingan ini pada tahun lepas, hasil pertandingan/skrip hendaklah berlainan daripada yang telah dihantar. Penyertaan adalah dikira terbatal sekiranya hasil pertandingan adalah sama seperti yang pernah dihantar.
  10. Nama, nombor kad pengenalan peserta dan nama sekolah haruslah ditulis di bahagian bawah kanan video.
  11. Setiap video mestilah mempunyai perkataan SURUHANJAYA TENAGA dan ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2024.
  12. Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  13. Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  14. Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

 

TEMA

  1. Mengapa saya perlu menjadi hero cekap tenaga
  2. Cara saya menjadi hero cekap tenaga di rumah/ sekolah
  3. Cara saya menggunakan peralatan elektrik/ gas dengan selamat

 

FORMAT HASIL PERTANDINGAN

  1. Video hendaklah berformat mp4 sahaja
  2. Berdurasi antara 3-4 minit sahaja
  3. Menghantar bersama lirik/ skrip didalam format PDF
  4. Video yang direkod haruslah menunjukkan peserta berdiri dan menggayakan mengikut

 

TARIKH TUTUP

Sekolah WAJIB mengisi Borang Penghantaran Hasil Pertandingan melalui atas talian sebelum atau pada 12 September 2024.

 

HADIAH

  1. Hadiah adalah milik pelajar sekolah rendah yang menyertai Kategori #storytellingchallenge.
  2. Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Sekolah yang menghantar penyertaan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hadiah yang dimenangi dan menyerahkan kepada pemenang.