SEKOLAH PALING EE

APA ITU SEKOLAH PALING EE?

  1. Pertandingan kecekapan tenaga di sekolah menengah dengan menjalankan aktiviti-aktiviti penggunaan elektrik dengan cekap.
  2. Penilaian akan mengambil kira laporan kecekapan tenaga yang dihasilkan dan berdasarkan bil elektrik sekolah menengah dalam tempoh 4 bulan termasuk aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga yang dijalankan sepanjang tempoh pertandingan daripada bulan Jun 2024 sehingga September 2024 berbanding tahun sebelumnya.

 

KATEGORI

  1. Terbuka kepada Sekolah Menengah sahaja
  2. Terbuka untuk sekolah menengah di seluruh Malaysia.

 

JENIS PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah melalui sekolah menengah sahaja.
  2. Setiap sekolah menengah hanya terhad kepada SATU penyertaan sahaja.
  3. Satu sekolah menengah hanya dibenarkan menghantar satu laporan kecekapan tenaga sahaja.
  4. Bilangan penyertaan untuk kategori Sekolah Paling EE adalah 15 orang wakil pelajar termasuk guru pembimbing mewakili sekolah masing-masing.

 

PENDAFTARAN KATEGORI SEKOLAH PALING EE

  1. Sekolah hendaklah menghantar borang pendaftaran dan dokumen yang dinyatakan di dalam Syarat Penyertaan di bawah sebelum atau pada 31 Mei 2024.
  2. Sekolah WAJIB mengisi Borang Pendaftaran secara atas talian di https://tinyurl.com/SekPalingEE2024

 

SYARAT PENYERTAAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Semua ahli kumpulan bersekolah di sekolah yang menghantar penyertaan.
  3. Semua ahli kumpulan adalah seorang pelajar di sekolah tersebut bagi kalendar akademik sesi 2024/2025.
  4. Sekolah bersetuju untuk menguruskan penyertaan dan hadiah yang akan dimenangi adalah milik sekolah.
  5. Semua ahli kumpulan mempunyai kebenaran oleh ibubapa/ penjaga untuk menyertai pertandingan.
  6. Penyertaan adalah terhad kepada satu penghantaran laporan kecekapan tenaga sahaja bagi setiap sekolah.
  7. Sekolah menengah yang berminat untuk menyertai kategori Sekolah Paling EE hendaklah menghantar penyertaan kepada Suruhanjaya Tenaga lengkap bersama dokumen seperti berikut:
    • Pihak sekolah menengah WAJIB menghantar dan memuat naik salinan bil elektrik bagi bulan Mei 2023 sehingga bulan Disember 2023 semasa mengisi borang atas talian. Penyertaan adalah terbatal sekiranya pihak sekolah menengah tidak menghantar bil elektrik seperti yang diminta.
    • Bil-bil elektrik yang dikemukakan kepada Urus Setia EE Challenge 2024 hendaklah menunjukkan penggunaan elektrik yang merangkumi keseluruhan kawasan sekolah seperti bangunan akademik, pejabat guru, makmal, dewan dan lain-lain. Bil-bil tersebut akan digunakan sebagai bukti ketika proses penilaian kategori Sekolah Paling EE.
  8. Urus Setia EE Challenge 2024, akan dari semasa ke semasa mendapatkan salinan bil daripada pihak TNB untuk tujuan penilaian dan pengesahan. Sekiranya terdapat unsur manipulasi data, penyertaan sekolah adalah dikira terbatal.
  9. Aktiviti-aktiviti kecekapan tenaga di sekolah menengah dikira bermula pada bulan Jun 2024 sehingga September 2024 (4 bulan) sahaja. Tempoh pertandingan tamat pada 31 September 2024.
  10. Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 11 Oktober 2024.
  11. Sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar sekali sahaja dan sekiranya Urus Setia menerima lebih dari satu penghantaran, hanya penghantaran yang paling awal di terima sahaja akan dikira.
  12. Hasil pertandingan adalah hak milik ST dan ST berhak untuk mengubah dan menggunakan hasil pertandingan mengikut kesesuaian tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta.
  13. Hasil kerja haruslah dibuat oleh peserta sendiri sepenuhnya dan tidak mempunyai unsur-unsur hak cipta daripada pihak lain. Sekiranya terdapat unsur plagiat, penyertaan adalah terbatal serta-merta.
  14. Keputusan Suruhanjaya Tenaga adalah muktamad.

 

AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan kecekapan tenaga iaitu amalan menggunakan elektrik dengan cekap.

 

FORMAT & TEMPLATE LAPORAN KECEKAPAN TENAGA

  1. Kandungan format laporan kecekapan tenaga adalah seperti berikut:

  2. Sekolah hendaklah menggunakan format dan template yang telah disediakan.
  3. Muat turun template Laporan Kecekapan Tenaga. Template ini akan disediakan pada bulan Julai 2024.
  4. Sekolah boleh menghasilkan dan melengkapkan laporan kecekapan tenaga mengikut kreativiti masing-masing.

 

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN LAPORAN KECEKAPAN TENAGA

  1. Sekolah WAJIB menghantar laporan kecekapan tenaga dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Penghantaran boleh dibuat melalui cara seperti di bawah:

    Penghantaran laporan softcopy secara atas talian dan akan dimaklumkan sekiranya pautan telah tersedia.
    dan
    Bagi penghantaran laporan hardcopy sekolah hendaklah membuat penghantaran melalui pos laju atau serahan tangan kepada alamat di bawah:

    URUS SETIA EE CHALLENGE 2024
    Jabatan Operasi Industri
    Suruhanjaya Tenaga
    No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 
    62100 Putrajaya WP Putrajaya.

  2. Pemarkahan hanya akan dikira melalui penghantaran Laporan Kecekapan Tenaga yang diterima secara hardcopy.
  3. Laporan kecekapan tenaga yang telah dijalankan sepanjang tempoh pertandingan dan maklumat peserta perlu sampai kepada Urusetia sebelum atau pada 11 Oktober 2024.

 

HADIAH

Hadiah adalah milik sekolah.

 

Nota:

  • Sekiranya penyertaan yang diterima mendapat markah kurang daripada 50% atau bilangan penyertaan adalah kurang daripada hadiah yang ditawarkan atau penyertaan yang diterima tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan, Suruhanjaya berhak untuk mengisytiharkan kategori tersebut sebagai tiada pemenang untuk pemenang utama/ hadiah saguhati atau mengurangkan hadiah yang bakal dimenangi atau kedua-duanya sekali.
  • Pihak ST berhak untuk membuat sebarang penyelarasan pembahagian zon selepas menerima pendaftaran daripada semua sekolah.